Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SANDIWARA : ADUN DAP Pertahan PAS Pulak Dah!!!


Parti Amanah mereka mahu, PAS pun mereka nak. Akhirnya, melayu juga yang tertipu. Itulah yang dapat disimpulkan dengan kenyataan terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang mempertahankan Pas supaya kekal dalam kerajaan negeri Selangor.


Wakilnya, Datuk Teng Chang Khim berkata permintaan supaya parti Islam itu disingkirkan dari kerajaan negeri bukan isu yang besar kerana kenyataan itu tidak mewakili pimpinan DAP Pusat.

“Itu pandangan perwakilan dan tidak mencerminkan pandangan kepimpinan pusat dan kepimpinan DAP Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor pada Khamis.

Chang Khim menambah tidak ada sebab untuk Pas disingkirkan daripada kerajaan Selangor kerana ketiga-tiga parti (Pas, DAP, PKR) terikat dengan manifesto dan janji (Pakatan Rakyat) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Semua pihak perlu matang dalam berpolitik menggunakan pendekatan pragmatik.

“Sekarang, mandat itu masih dengan kita, melainkan kita mahu bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan membubarkan dewan.

“Saya yakin, rakyat juga tidak berhasrat untuk melihat dewan ini dibubarkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Chang Khim juga mengesahkan pentadbiran kerajaan Selangor gabungan Pas, DAP dan PKR ketika ini masih dalam keadaan baik, malah keadaan politik negeri juga stabil.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top