Nuffnang

VIDEO : Pelajar Wanita Nekad Kejar Peragut!!!



Geram dan marah setelah cermin kereta dipecahkan dan beg tangan dilarikan, seorang pelajar wanita nekad mengejar motosikal dinaiki dua peragut.

Akibatnya, rakan suspek yang membonceng cedera parah setelah tercampak akibat dirempuh kereta yang dipandu mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam tadi di Jalan Tun Razak di ibu negara apabila seorang pelajar wanita warga Kazakhstan sebuah IPTS sedang memandu sendirian.

Ketika memasuki Lorong Raja Muda Abdul Aziz berhampiran Hospital Kuala Lumpur, sebuah motosikal dinaiki dua suspek memecahkan cermin keretanya dan melarikan beg tangan milik mangsa.

Kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal ke arah Jalan Tun Razak dan cuba melintasi pembahahagi jalan.

Mangsa berusia 25 tahun kemudian mengejar kedua-dua suspek sebelum melanggar motosikal mereka.

Akibatnya, pembonceng yang terjatuh cedera parah manakala motosikal tercampak ke laluan sebelah.

Sebuah kereta dari arah Ampang yang tidak sempat mengelak, merempuh Toyota Vios milik mangsa manakala sebuah kereta dari arah Jalan Mahameru pula merempuh motosikal suspek.

Penunggang motorsikal itu bagaimana berjaya melarikan diri manakala rakannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Polis kini sedang mengesan rakan suspek.



Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top