Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASS!!! Apa Kes Ketua Menteri Disindir Pengarah Filem!!



Selepas Chef Wan, seorang pengarah filem pula tampil menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung cadangan larangan kepada tukang masak asing menyediakan makanan tempatan.

“Berkata orang bukan tempatan tidak boleh masak masakan tempatan tak masuk akal, ia seperti berkata bukan orang Pulau Pinang tak boleh jadi ketua menteri Pulau Pinang yang asli,” kata Amir Muhammad yang terkenal dengan filem kontroversinya Lelaki Komunis Terakhir.


Amir menyampaikan pandangannya itu di Facebook hari ini.

Lim merupakan anak kelahiran Johor Bahru.

Lim sebelum ini berkata pihaknya hanya akan mengehadkan lesen kepada penjaja tempatan namun tidak akan menghalang sekiranya restoran ataupun hotel menggunakan chef antarabangsa.

Bercakap kepada pemberita Rabu lalu, Lim berkata berbeza dengan Kuala Lumpur, makanan merupakan tarikan utama dan antara paling besar di Pulau Pinang.

Justeru penting bagi menjaga keaslian rasa makanan tersebut.

"Kami penduduk Pulau Pinang begitu mementingkan makanan. Ia budaya kami. Kerana itu amat penting keaslian dan keunikannya dikekalkan," katanya.

The Star sebelum ini melaporkan Chef Selebriti Rezuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebagai berkata, Malaysia akan menjadi bahan ketawa di mata dunia jika Pulau Pinang melaksanakan rancangan melarang warganegara asing daripada menjadi tukang masak makanan popular tempatan bagi mengekalkan citarasa aslinya.

“Bukankah lebih baik melatih mereka dengan baik dan menyelia mereka melakukan kerja lebih baik?” beliau dipetik sebagai berkata.

Lim berkata Pulau Pinang menghormati segala pandangan yang dilontarkan kepada ‎kerajaan pimpinan DAP itu dan sedang dalam proses mengambil maklum balas orang ramai.

"Kalau masyarakat awam tidak setuju, kita takkan teruskan," Lim berkata sebelum ini.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top