Nuffnang

#MH17 : SYUKUR!!! Mayat2 Mangsa Telah Tiba Di Kharkiv



Syabas kepada Perdana Menteri Malaysia kerana dengan usahanya berunding dengan puak pemisah di Ukraine, semua 285 mayat mangsa MH17 sudah sampai ke bandar Kharkiv dengan menggunakan keretapi.

Puak pemisah pro Rusia itu telah menepati dua janji mereka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penyerahan semua mayat mangsa pesawat dan dua kotak hitam yang ditemui kepada pihak berkuasa Ukraine untuk diserahkan kepada negara berkaitan.


Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Karpawi berkata, rakyat Malaysia dan seluruh dunia amat bangga dengan kehebatan Perdana Menteri menyelesaikan kemelut MH17 dengan berunding melalui telefon dengan pemimpin tentera pemisah Donetsk, Alexander Borodai yang akhirnya membuahkan kejayaan.

Beliau berkata, mengikut maklumat terbaru, mayat mangsa sudah sampai ke bandar Kharkiv, Ukraine dan akan diterbangkan ke Eindhoven di selatan Belanda esok untuk pengecaman sebelum diterbangkan ke negara-negara terbabit termasuk Malaysia.

“Mengenai dua kotak hitam MH17, ia tidak akan dibawa ke Malaysia, sebaliknya akan diserahkan kepada negara terdekat yang memiliki tauliah untuk membuka dan memeriksa kandungannya.

“Kalau tak silap ada lima negara ditauliahkan untuk membuka dan memeriksa kotak hitam. Mungkin ia akan dihantar ke United Kingdom (UK),” kata Abdul Aziz kepada media mengadakan majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya mengapa kotak hitam dihantar ke UK, Abdul Aziz berkata, ia perlu dibuka secepat mungkin bagi memastikan kandungannya tidak terjejas dan negara itu difikirkan paling dekat dan ditauliahkan untuk menjalankan tugas itu.

Katanya, usaha meneliti kandungan kotak hitam itu amat rumit dan dijangka mengambil masa yang lama. Untuk itu rakyat Malaysia dan negara yang terbabit dalam nahas di timur Ukraine itu harus bertenang dan bersabar.

Sementara itu di Belanda, Perdana Menterinya Mark Rutte memberitahu media, kumpulan pertama mayat mangsa nahas MH17 di Ukraine akan diterbangkan ke negaranya esok bagi tujuan pengecaman.

Katanya, esok pesawat pertama (dengan mayat) akan berlepas ke Eindhoven di selatan Belanda, selepas mayat berkenaan tiba di bandar Kharkiv dari kawasan yang dikuasai pemberontak.

“Persediaan akan dibuat di Kharkiv supaya pengecaman boleh dilakukan di Belanda sebaik yang mungkin. Sebaik sahaja mangsa dikenal pasti, pertamanya pihak keluarga akan dimaklumkan, tiada pihak lain. Ia boleh mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan.”

Daripada 298 orang yang terbunuh apabila pesawat Malaysia Airlines MH17 itu ditembak jatuh di Ukraine, 193 adalah warga belanda dan negara itu diberi tanggungjawab melakukan proses pengecaman.

Rutte berkata, pemerhati Pertubuhan Untuk Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) di Ukraine menyatakan terdapat kira-kira 200 mayat di atas kereta api itu manakala laporan yang tidak disahkan menyatakan ia mengandungi 282 mayat. 

– bnbbc.my

Share this article

1 Komen:

  1. semoga negara kita mendapat kerjasama yg baik dari semua pihak.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top