Selepas kelahiran anak sulung Scha al-Yahya hari ini, pastinya ramai yang akan menantikan pula kelahiran anak sulung pasangan sensasi Rozita Che Wan & Zain Saidin.
Bercakap kepada media semalam, Rozita Che Wan dedahkan yang mereka sudah memeriksa jantina bakal anaknya kelak dan keputusan menunjukkan yang mereka akan menimang cahaya mata perempuan, sama seperti pasangan Scha al-Yahya dan Awal Ashaari.
Scha melahirkan bayi seberat 3.17 kg pada jam 5.50 petang di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Ini posting Scha di akaun Insta nya :
Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua. #schawal #babyschawal #love
Dalam perkembangan lain, Rozita Che Wan juga memaklumkan yang beliau sudah pun membeli persalinan bayi perempuan sebagai persiapan menyambut kelahiran anak pertama dengan Zain Saidin.
Rozita Che Wan dijangka bersalin sekitar awal November nanti.
Semoga ibu dan bayi dalam kandungan yang kini sudah masuk usia 6 bulan sihat sentiasa. Zain Saidin pasti orang paling teruja ketika ini untuk bergelar bapa, heh.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....