Nuffnang

#MH17 : Amek Kau!!! Kenyataan Bodoh Ketua Pemuda "DIBAHAN" Ahli PAS Sendiri!!




"Sesungguhnya semangat kecintaan kepada negara dan perpaduan merupakan elemen penting dalam memastikan tanah air tercinta ini dapat mengharungi fasa kritikal dengan sebaiknya. 

Sikap saling menuduh, menyebarkan berita palsu dan teori karut perlulah dijauhi kerana ia hanya akan mengundang sengketa dan perbalahan sesama kita yang tidak berkesudahan".


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menzahirkan dukacita dan sedih atas tragedi yang menimpa ke atas pesawat MH17 yang membawa seramai 283 penumpang berserta 15 kru kapal.

Ucapan takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa dan diharapkan agar dapat tabah menghadapi ujian getir ini.

Bagi ummat Islam,kehilangan insan yang tersayang pada saat menjelang Aidilfitri pastinya saat yang memilukan. Sokongan dan doa tetap kami hulurkan tanda solidariti kepada seluruh keluarga mangsa.

Sepertimana ketika negara kita ditimpa musibah kehilangan pesawat MH370 dahulu seluruh rakyat Malaysia mampu bersatu hati tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik maka pada ujian kali ini ayuh kita teruskan semangat perpaduan tersebut demi rasa kasih dan sayang kita kepada sekalian mangsa nahas.

DPPWP mendesak kerajaan Malaysia agar bertindak dengan tegas dan berani dalam membela nasib sekalian mangsa yang tidak bersalah sehingga terbabit dalam konflik pertelagahan politik kuasa besar dunia. Sesungguhnya serangan terhadap pesawat yang membawa rakyat awam adalah suatu tindakan yang begitu kejam dan zalim sekiranya ia adalah terbukti benar.

Kerajaan Malaysia hendaklah memainkan peranan yang penting dalam memastikan badan bebas yang menjalankan penyiasatan terhadap tragedi ini dapat menjalankan tugas dengan telus, adil dan berani. Pastinya kita menuntut agar pihak yang bertanggungjawab terhadap jenayah kejam ini akan diseret ke muka pengadilan.

Justeru, DPPWP ingin menyeru agar kesemua pihak termasuklah pihak kerajaan mahupun pembangkang beserta seluruh rakyat jelata agar dapat bersama-sama bersatu hati dalam menghadapi musibah yang menimpa negara kita pada saat ini.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | 20 Julai 2014.
*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

- SUMBER

Kenyaataan di atas amat sekali "kontra" dan lebih rasional berbanding kenyataan yang dibuat oleh Ketua Muslimah PAS Dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.




Kenyataan Ketua Pemuda Pas Suhaizan Kaiat : KLIK SINI
Share this article

1 Komen:

  1. Air muka KP Pas ni memangnampak tak berapa bersih,cam air muka ahli DAP je.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top