Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#MH17 : Tindakan Dan Kenyataan Memalukan Dari PAS!!!



Berita mengejut yang diterima di mana pesawat MAS, MH17 yang didakwa ditembak dan terhempas di Timur Ukraine berlaku tengah malam tadi benar-benar meragut perasaan seluruh rakyat Malaysia di kala umat Islam bakal menyambut lebaran Syawal tidak lama lagi. Perasaan hiba dan sedih amat dirasai lebih-lebih lagi buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini.

Ini kerana, selepas empat bulan tragedi MH370 berlaku dan masih lagi diingati oleh rakyat, nahas MH17 pula terjadi yang benar-benar menguji negara Malaysia.


Di saat ini, situasi cemas berlaku di mana-mana sahaja kerana semua pihak seboleh mungkin berusaha mendapatkan maklumat terperinci mengenai nahas yang berlaku ini. Bahkan, keluarga mangsa nahas pesawat ini sendiri mencuba untuk menguatkan diri menerima berita pilu pemergian insan yang disayangi.

Namun, tragedi pilu ini dilihat oleh pihak-pihak tertentu sebagai ‘medan’ untuk meletakkan kesalahan secara total terhadap kerajaan.

Menerusi laporan Harakahdaily.net, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusof seakan-akan sudah menyalahkan pihak kerajaan di atas tragedi buruk yang baru berlaku ini.

Kata Siti Zailah, beliau mendesak kerajaan agar menyiasat perkara dan punca yang berlaku dalam kes MH17. 

Malah, beliau menyatakan Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai harus bertanggungjawab di atas tragedi yang berlaku ini. Juga, seharusnya memberikan jawapan sebenar disebalik apa yang berlaku dengan segera.

“MH17 merupakan tragedi hitam selepas MH370 hilang dari radar dan rakyat masih belum mendapat jawapan yang jelas daripada kerajaan,” katanya.

Nampaknya, PAS cuba menyamakan tragedi yang berlaku semalam dengan nahas MH370 di mana pelbagai spekulasi dan tuduhan yang tidak berasas cuba dilemparkan kepada pihak kerajaan.

Tragedi MH17 belum cukup tempoh 24 jam ia terjadi dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri terkejut dengan berita ini. Jadi, proses siasatan masih lagi dilakukan.

Justeru, persoalannya, adakah wajar bagi Dewan Muslimat PAS mendesak kerajaan dalam tempoh masa yang singkat untuk memberikan pelbagai jawapan mengenai tragedi ini? Ini kerana, tragedi MH17 merupakan tragedi besar yang melanda negara Malaysia dan bukanlah isu kecil yang boleh dipandang remeh serta, setiap sudut perlu dilihat agar proses siasatan bagaimana ia berlaku tidak terlepas pandang.

Sama jugalah dengan nahas MH370, sejak ia berlaku hingga ke hari ini, pihak kerajaan masih lagi bertungkus-lumus menjalankan pencarian dan sebab-musabab ia terjadi. 

Cuma, pembangkang memainkan isu MH370 dengan menuduh apa yang terjadi adalah konspirasi yang dilancarkan oleh kerajaan. Ia sama sekali tuduhan yang tidak masuk akal.

Maka, tidak wajar buat pembangkang memulakan tuduhan tidak berasas dalam tragedi MH17 pula dan meletakkan kesalahan kepada pihak kerajaan memandangkan ia masih lagi dalam proses siasatan lebih-lebih lagi tragedi seperti ini adalah satu keadaan yang tidak boleh dikawal oleh pihak kerajaan.

Seharusnya, semua pihak termasuklah pembangkang harus berganding bahu dan bekerjasama dalam menyelesaikan tragedi MH17 dengan kerajaan. 

Sumber: mykmu.net




Merujuk pula kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kayat yang sama sekali tidak tepat sekaligus menunjukkan kebodohan beliau dalam isu insiden MH17 yang berlaku awal pagi tadi.

Tajuk artikel Malaysiakini mengatakan bahawa Ketua Pemuda PAS ini telah kononya membidas Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kerana telah menggunakan laluan udara yang merbahaya.

Ingin saya tegaskan disini bahawa kenyataan Ketua Pemuda PAS ini adalah tidak berasas sama sekali kerana :

1. Laluan yang digunakan oleh MAS juga digunakan oleh 15 daripada 16 Syarikat penerbangan Asia Pacific.

2. Laluan MAS ini juga adalah laluan yang telah diberi kelulusan oleh International Air Transport Association dan International Civil Aviation Organization.

Persoalan saya sekarang, kalau Suhaizan Kayat ini pandai laluan apakah yang patut digunakan oleh MAS bagi perjalanan sektor Amsterdam- Kuala Lumpur?

Nasihat saya kepada Pemuda PAS ini adalah supaya bersikap lebih sensitive dan tidak perlu hendak mempolitikkan isu ini hanya to gain cheap political mileage. Hormatilah ahli keluarga penumpang pesawat #MH17 dan sedekahlah Al-Fatihah kepada yang terkorban. Sesungguhnya itu lebih baik dari cuba mempolitikkan hal ini. 

Share this article

4 Komen:

  1. Aku masih menunggukan kenyataan dari Ketua Penerangan PAS pulak. Aku yakin Presiden IATA dan ICAO pasti letak jawatan serta-merta lepas dengar kenyataan bernas dari Mahpuz Bean tu..

    BalasPadam
  2. Jangan marah die, kdg2 dlm PAS pon ade jgk sorng dua yg bodoh ..xsemua jgk pandai

    BalasPadam
  3. Hampir seluruh bumi anbia bergolak dan tembakan misil bersimpang siur, apakah muslimat ini akan ke sana naik keldai kerana laluan udara berisiko?

    BalasPadam
  4. yg masih menggunakan laluan berisiko tersebut adalah syarikat yg berani2 aje.. bila dah kena begini barulah ubah laluan.. sepatutnya awal2 lagi minta tukar laluan drp negara bergolak ni.. peluru berpandu semakin canggih le ni.. sekarang siapa yang buduhnya..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top