Nuffnang

PERHATIAN!!! Perintah Berkurung Berkuatkuasa Di ESSZONE, Sabah!!!




Mulai hari ini, jam 6 petang sehingga 6 pagi esok, Ahad dan seterusnya selama 14 sehingga 2 Ogos depan perintah berkurung diisytiharkan di Perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).


Perintah berkurung kali pertama selepas berakhirnya ancaman komunis lebih 20 tahun lalu itu melibatkan keluasan perairan 194,032 kilometer persegi dari Tanjung Pudaras di Sandakan sehingga jeti Tawau (rujuk gambar di atas).



Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perintah berkurung itu membabitkan enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.


Beliau berkata, sepanjang tempoh perintah berkurung, tiada sebarang aktiviti termasuk menangkap ikan dibenarkan di kawasan terbabit.


Penduduk daerah ini diminta bertenang dan tidak panik berikutan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah.


Jalaluddin menegaskan sepanjang masa tempoh berkurung berkuatkuasa tiada sesiapapun kecuali anggota keselamatan bertugas dan mereka yang diberikan pengecualian dibenarkan berada di dalam kawasan-kawasan yang terlibat.


“Saya telah mengarahkan semua ketua polis daerah untuk mengeluarkan notis atau memaklumkan kepada pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan seperti perkapalan dan pelabuhan rakyat, dan juga pengusaha pusat peranginan pantai pada hari ini sebelum 6 petang,” katanya.

Sementara itu, ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong berkata, keputusan kerajaan itu merupakan tindakan yang tepat pada masanya untuk memastikan keselamatan di kawasan tersebut lebih terjamin.


Katanya, masyarakat di kawasan terbabit harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota pasukan keselamatan dengan mematuhi arahan dikeluarkan.


"Kita juga perlu memainkan peranan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat sekiranya terdapat anasir-anasir yang cuba menggugat ketenteraman awam khususnya mengenai kemasukan pendatang asing tanpa izin," katanya dipetik Bernama.


Beliau berkata perintah berkurung tersebut bukan melibatkan semua kawasan dan sepanjang masa sehingga rakyat tidak boleh keluar rumah, tetapi ia hanya melibatkan kawasan dan masa tertentu sahaja.


Katanya langkah itu juga bertujuan untuk melengkapkan laluan yang telah ditetapkan selain memastikan ia tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan penceroboh.


Jaujan turut menyarankan agar imam di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Sulabayan mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.


Langkah ini diambil genap seminggu selepas insiden terbaru kumpulan bersenjata dari selatan Filipina menceroboh dan menyerang hendap anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di sebuah resort di Pulau Mabul di perairan pantai timur Sabah menyebabkan seorang terbunuh manakala seorang lagi diculik.-19/7/2014
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top