Nuffnang

PANASSS!!! Harakah Digelar Buah Beracun Oleh Wartawannya Sendiri!!!



Bila bekas wartawan sendiri gelarkan harakah sebagai BUAH BERACUN , ternyata jelas akhbar keagungan macai PAS ini adalah pembawa fitnah !!

Lihat tajuk seperti di dalam gambar ini cukuplah dengan memfitnah UMNO Halang bersedekah walhal ianya tidak benar dan palsu. Adakah pemimpin PAS sedar akhbar ini umpama mesin memfitnah di akhir zaman ini hingga membawa pepecahan umat Islam ??


Jika kita imbas kembali kritikan Pemuda PAS dulu di muktamar , memang ada benarnya harakah kini sudah menyimpang daripada tujuan asal.


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS hari ini (Khamis) mengkritik mutu pemberitaan dalam akhbar rasmi parti, Harakah yang semakin merosot dan kurang kredibal sebagai organ parti.

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, Harakah dan Harakah Daily dilihat telah menyimpang daripada tujuan asal ia diwujudkan sebagai lidah rasmi parti itu.

Mengambil contoh isu perbalahan diantara pimpinan tertinggi parti dengan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa, beliau berpendapat, Harakah tidak sepatutnya menyiarkan laporan tersebut kerana akan memberi impak yang negatif kepada parti.

"Harakah merupakan lidah rasmi parti dan setiap berita yang keluar merupakan kenyataan rasmi parti tetapi kini ia tidak berfungsi dgn baik.

"Sebagai contoh, ketika krisis melanda parti ini melibatkan Hasan dan Nasharuddin, berita tersebut dijadikan muka depan akhbar dan ini tidak sepatutnya berlaku sebagai suara rasmi parti.

"Ia patut disembunyikan daripada pengetahuan umum mengenai krisis kepimpinan yang melanda parti tetapi sebaliknya berlaku," katanya ketika membentangkan usul di Muktamar Pemuda PAS ke-53 di sini, hari ini.




Beliau turut mendesak supaya ditubuhkan jawatankuasa untuk menapis dan mengawal isi kandungan pemberitaan supaya 'editorial' akhbar tersebut distruktur semula.

"Menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhan, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak PAS Pusat menstruktur semula sidang editorial Harakah yang dapat menterjemahkan aspirasi sebenar PAS.

"PAS Pusat perlu membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakah Daily supaya selari dengan dasar parti," katanya.


Usul yang dibawa Kamaruzaman mendapat sokongan kira-kira 600 orang perwakilan yang hadir.

Wartawan-wartawan Harakah dilihat meninggalkan dewan sebaik sahaja usul tersebut diluluskan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top