Nuffnang

BIADAP!!! Berang Tayar Dikunci, Wanita Tampar Penguatkuasa!!!




Georgetown – Berang tayar keretanya dikunci penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), seorang wanita bertindak menampar muka seorang pegawai penguat kuasa wanita MPPP di hadapan sebuah kedai di Jalan Burma, di sini, malam kelmarin. Wanita sekarang menjadi-jadi nampaknya, berang sikit tampar sana, maki sini.


Kejadian berlaku pada jam 9.45 malam ketika mangsa lingkungan 40-an bersama tiga pegawai penguat kuasa MPPP lain melakukan tugas penguat kuasaan trafik di hadapan kedai berkenaan sebelum mengunci tayar sebuah kereta yang didapati melanggar peraturan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, ketika mangsa sedang menjalankan tugas mengunci tayar sebuah kereta Perodua Kenari, dia didatangi seorang wanita lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik kereta berkenaan.




“Ketika mangsa sedang mengunci tayar kereta berkenaan, tiba-tiba seorang wanita dipercayai pemilik kereta itu muncul dan menampar muka mangsa dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan penjawat awam terbabit.

“Suspek turut memarahi penguat kuasa wanita terbabit sebelum menghidupkan kenderaannya dan beredar dari tempat kejadian,” katanya, lapor Hmetro.
Share this article

1 Komen:

  1. macam tuh jer citernya bang? banyak baik punya "kuasa", tempeleng dan pas tuh blah. wanita tuh mesti bukan calang orang kan? Pulau Pinang - semua adaaaah!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top