
BIADAP!!! Berang Tayar Dikunci, Wanita Tampar Penguatkuasa!!!
Georgetown – Berang tayar keretanya dikunci penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), seorang wanita bertindak menampar muka seorang pegawai penguat kuasa wanita MPPP di hadapan sebuah kedai di Jalan Burma, di sini, malam kelmarin. Wanita sekarang menjadi-jadi nampaknya, berang sikit tampar sana, maki sini.
Kejadian berlaku pada jam 9.45 malam ketika mangsa lingkungan 40-an bersama tiga pegawai penguat kuasa MPPP lain melakukan tugas penguat kuasaan trafik di hadapan kedai berkenaan sebelum mengunci tayar sebuah kereta yang didapati melanggar peraturan lalu lintas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, ketika mangsa sedang menjalankan tugas mengunci tayar sebuah kereta Perodua Kenari, dia didatangi seorang wanita lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik kereta berkenaan.

“Ketika mangsa sedang mengunci tayar kereta berkenaan, tiba-tiba seorang wanita dipercayai pemilik kereta itu muncul dan menampar muka mangsa dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan penjawat awam terbabit.
“Suspek turut memarahi penguat kuasa wanita terbabit sebelum menghidupkan kenderaannya dan beredar dari tempat kejadian,” katanya, lapor Hmetro.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



pondok abuya lakonan faizal hussein vanidah imran

the hachi skyscape a floating sanctuary in the hea...

kebakaran saluran gas kebarangkalian letupan susul...

menteri besar pahang kalau abang belon nak berniag...

ibu terjun ke laut bersama 2 anak di sabah anak le...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
macam tuh jer citernya bang? banyak baik punya "kuasa", tempeleng dan pas tuh blah. wanita tuh mesti bukan calang orang kan? Pulau Pinang - semua adaaaah!!!
BalasPadam