Nuffnang

#MH17 : Mayat Dan Serpihan Pesawat Di Merata Tempat (Gambar)



18 JUL: Mayat-mayat bergelimpangan dengan beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat MH17 terhempas dipercayai ditembak.

Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.


Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

“Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan,” katanya.

Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam selepas dua jam berlepas daripada negara berkenaan .

Pesawat itu membawa 280 penumpang dan 15 kru berlepas jam 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 6.10 pagi.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara kira-kira 30 kilometer dari Tamak atau 50 kilometer daripada sempadan Rusia -Ukraine.














Maaf, gambar-gambar yang dikategorikan "NGERI" tidak dikongsikan bagi menghormati mangsa dan keluarga-keluarga mereka. Harap maklum
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top