Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#MH17 : VIDEO : Bukti Terbaru Ditemui Penyiasat Ukraine!!




Satu pasukan siasatan khas dengan 116 anggota akan berlepas ke Kiev, Ukraine Jumaat malam bagi menjalankan siasatan menyeluruh mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas pada Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata pasukan itu disertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.


Pegawai dan anggota pelbagai jabatan kerajaan termasuk tentera, Jabatan Pertahanan Awam, Forensik Polis, Jabatan Kimia, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Penerbangan Awam dan media rasmi turut menyertai pasukan itu yang akan berlepas ke ibu negara Ukraine itu dengan pesawat khas pada 8 malam ini, katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.

Awal pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat MH17 terhempas di Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersil itu telah ditembak jatuh.

Hari ini, MAS mengesahkan bahawa MH17 membawa 283 penumpang pelbagai warganegara dan 15 anak kapal Malaysia.

Pesawat Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari Khamis (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia).

-- SUMBER

Sementara dibawah adalah video pasukan penyiasat Ukraine yang meninjau dan menyiasat di sekitar kawasan tragedi MH17 ini.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top