Nuffnang

INSIDEN MABUL : RM10 Juta Sebagai Tebusan Konstabel Zakia!!!!



Lebih RM10 juta. Itulah nilai tebusan yang didakwa diminta kumpulan pengganas untuk membebaskan anggota polis marin, Zakia Aliep, 26, yang kini dalam tawanan mereka.

Zakia diculik pada jam 11.10 malam Sabtu lalu, dilaporkan selamat dan kini dalam tawanan kumpulan terbabit yang dipercayai bersembunyi di Selatan Filipina.


Laporan terkini oleh mStar menyebut Zakia berada di tangan ketua pengganas Abu Sayyaf Alhabsi Misaya.

Dalam insiden serangan itu, rakan Zakia, Koperal Ab Rajah Jamuan maut di lokasi kejadian akibat parah ditembak kumpulan pengganas terbabit.

Beberapa jam selepas insiden itu, Zakia dilapor menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson, 22, mendakwa dia selamat dan kini dikawal dan dijadikan tawanan kumpulan terbabit.

Menurut sumber, kumpulan terbabit melakukan rundingan untuk mendapatkan tebusan dan nilai wang diminta bagi pertukaran nyawa Zakia dilapor melebihi RM10 juta.


Nilai tebusan diminta mesti atau tidak kurang daripada RM10 juta. Selepas itu, mungkin akan ada rundingan daripada pihak kita (kerajaan atau pasukan keselamatan) untuk kurangkan nilai tebusan, katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Sumber itu berkata, nilai nyawa untuk seorang anggota pasukan keselamatan sememangnya tinggi berbanding mangsa lain.


Sumber : myMetro


Kerajaan tidak akan tunduk atau melayan terhadap sebarang tuntutan wang tebusan oleh kumpulan yang menculik anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep dalam serangan hendap di Pulau Mabul di Sabah Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memenuhi permintaan daripada pihak penculik kerana ia dilihat akan menggalakkan usaha kumpulan itu memperoleh wang dengan melakukan kegiatan penculikan.

Beliau turut menjelaskan pihak berkuasa ada menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculik yang mendakwa melarikan Zakiah dan meminta wang tebusan bernilai 10 juta.

“Ada panggilan telefon dibuat oleh kumpulan penculik kepada anggota polis Marin bertugas di Sabah dan mereka meminta wang sebanyak 10 juta namun tidak dinyatakan jenis mata wang sama ada Peso, US Dollar mahupun Ringgit Malaysia.

“Kita, kerajaan tidak akan memberikan sebarang reaksi terhadap permintaan itu,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan bagi program TV3 Wanita Hari Ini dalam segmen ‘Mesej Dari Penjara’.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, Koperal Ab.Rajah Jamuan, 32, mati ditembak sementara Zakia, 26, diculik kumpulan berkenaan ketika mereka sedang bertugas membuat rondaan di kawasan resort berkenaan.

Zakia merupakan mangsa culik keempat di Sabah tahun ini selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.

Ahmad Zahid berkata kerajaan komited meningkatkan kawalan keselamatan di Sabah dengan menambah sebanyak 680 anggota pasukan keselamatan iaitu 330 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 350 daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

“Kita tidak akan nyatakan strategi dan apa tindakan yang akan kita lakukan.. ketika ini pendirian kita ialah ofensif dan bukannya defensif,” tegasnya.

Ahmad Zahid berkata berdasarkan siasatan terhadap motif kejadian serangan hendap yang turut mengorbankan nyawa Ab. Rajah itu, ia dilakukan pada awalnya bertujuan untuk menculik pengusaha resort tetapi memandangkan pasukan keselamatan telah menjadi benteng kepada laluan mereka, maka sasaran dialihkan kepada pasukan keselamatan.

Mengenai isu Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari yang didakwa terbabit melakukan penculikan dan pencerobohan di Sabah, beliau berkata penculikan itu dilakukan oleh orang bawahan pemimpin MNLF itu.

“Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, Nur Misuari ini sedang uzur tetapi orang di belakangnya mempunyai cita-cita tinggi dan ingin menubuhkan ketumbukan ketenteraan upahan MNLF, ini satu langkah yang silap,” katanya. –BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top