Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RASUAH!!! Seorang Pengurus GLC Ditahan SPRM!!!



PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus jualan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri aksesori dan perkhidmatan kenderaan pagi ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah berkata, pengurus jualan GLC itu ditahan kerana disyaki menyeleweng dana projek syarikat tersebut.

“Kegiatan pengurus jualan berusia lewat 40-an itu yang mencadangkan kontraktor terdiri dari ahli keluarga dan kenalan bagi projek pengubahsuaian bengkel kenderaan terbongkar apabila siasatan SPRM mendapati wujud kesalahan menerima rasuah bernilai lebih RM1.7 juta.

“Setiap syarikat yang berjaya memperolehi projek-projek pengubasuaian bengkel itu telah membuat bayaran rasuah kepadanya, nilainya antara RM70,000 hingga RM260,000 sebagai balasan pelantikan sebagai kontraktor bagi projek tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Jamidan berkata, projek pengubahsuaian berkenaan bagi tujuan sebuah program yang dinamakan ‘Program Pennzoil; Flagship Workshop’ yang melibatkan keperluan pengubahsuaian terhadap bengkel-bengkel terbabit.

Menurutnya, SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh dan beberapa pegawai kanan lain GLC berkenaan turut terlibat dan kini sedang disiasat dan telah direkodkan keterangan mereka bagi membantu siasatan dalam kes itu.

“SPRM percaya, pegawai kanan lain di GLC ini yang terlibat dalam sindiket ini juga bakal dihadapkan ke mahkamah apabila seluruh aspek siasatan disempurnakan SPRM,” katanya.

 – mynewshub.my
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top