Nuffnang

VIDEO : Derhaka...Derhaka...Dan Terus Derhaka - Itulah Khalid Samad!!!



Ahli Parlimen PAS Shah Alam yang telah dimurkai Sultan Selangor, Khalid Samad hari ini menegaskan pendiriannya kerajaan negeri Selangor perlu menyemak kembali kuasa eksekutif yang diberikan kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Beliau menjelaskan niatnya bukan untuk mencabar Sultan namun "melindungi" institusi beraja daripada kritikan sekiranya Mais melakukan kesilapan semasa menjalankan tugas.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Khalid dalam ucapannya pada Selasa kerana mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kuasa eksekutif pihak berkuasa agama itu ditarik balik.

Baginda pada titah ucapan semasa merasmikan Masjid Pekan Sepang, di Selangor baru-baru ini berkata, meskipun bukan anak jati Selangor, Khalid yang diberi peluang menjadi wakil rakyat di negeri itu seharusnya mengambil peluang mendalami sejarah negeri Selangor dan undang-undang yang terpakai terutama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

- SUMBER


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top