Nuffnang

PANASS!! Parasit Kerajaan Di JPM Semakin Berani Dan Terbuka!!!



BERIKUTAN sekeping gambar yang tersebar secara meluas di seantero alam maya, satu persoalan  kepada pembesar kerajaan Malaysia khususnya yang bermastautin di dalam Jabatan Perdana Menteri iaitu jabatan utama negara, apakah tindakan kepada pemilik kenderaan ini?

Kalau ikut firasat pembangkang memang tak salah. Yela, katanya ulamaklah, katanya ilmuan agamalah, katanya hanya pengagong Nik Aziz lah, katanya bukan politiklah.


Tapi sedar ke tak korang ni yang Nik Aziz memang berasal dari parti politik. Agak-agak kalau dia tak jadi MB Kelantan ada tak orang kenal? Ada tak orang yang nak pergi sekolah pondok dia belajar? Ada tak yang jadi pengikut dia kalau di bukan Mursyidul HAMPAS.



Pegawai JPM Penyokong Nik Aziz dan PAS


Bila ada ramai yang 'backup' baik punya kepada staff JPM ini aku pun mula la teringat cerita kat tempat aku sendiri. 

Di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), adalah dulu beberapa orang kuat UMNO dalam tu bekerja seperti biasa. Tiada berpolitik pun di tempat kerja. Takde sticker UMNO atau Najib Razak pun kat kereta. Malah tak ramai juga yang tahu mereka ini adalah Ketua UMNO Cawangan.

Tahun 2008, PR memerintah Selangor. Semua kakitangan kerajaan negeri dibuat pemutihan. Mereka diberikan kata dua, sama ada nak terus bekerja dan STOP POLITIK UMNO atau HANTAR SURAT LETAK JAWATAN.

Jadi, ramailah yang letak jawatan sama ada sebagai Ketua UMNO Cawangan, AJK UMNO Bahagian dan lebih tragik masuk parti dalam PR.

Sedangkan semasa PR belum menang di Selangor, bersepah juga kakitangan MDSB yang berpolitik di dalam pejabat. Ramainya dari PAS sebab PKR tak pernah hidup kat sana. Penyokong PAS dalam pejabat kerajaan ni kalau ada isu sikit mulalah nak salahkan UMNO, itu tak betul, ini tak betul al-maklumlah ahli majlis orang BN, kena pulak ikut arahan sebab kuli je.

Selepas PR menang, yang kuli ni pulak berlagak macam bos. Itu tak betul, ini tak betul terus mengadu kat ahli majlis. Sampai bekas-bekas orang UMNO ni tak senang duduk. Kejap kena tukar jabatan, kejap kena tambah tugasan. 

Jadi, tak salah kiranya kalau kerajaan BN sekarang ini yang berkuasa dalam pemerintahan kerajaan bertindak serupa demikian. Ini juga untuk menjaga kerahsiaan yang kerap berlaku kebocoran.

Pembangkang ni mana reti simpan rahsia, agak-agak yang boleh menguntungkan mereka, mereka akan dedahkan habis walau dah tandatangan surat sumpah simpan rahsia. Yela, katanya bukan Najib yang bagi rezeki. Kalau tumbang kerajaan Najib sekarang pun, mereka masih lagi kerja malah dengan lebih selesa sebab geng mereka yang perintah.

Share this article

1 Komen:

  1. Pas ni lebih kurang macam syiah..menyembah pemimpin.Siap letak gambar imam diorang di rumah,kenderaan,pejabat,wallet semua.Ini melambangkan begitu taksubnya mereka pada imam mereka.Syiah dulu sebelum bertukar jadi mazhab sesat pun bermula dengan taksub pada pemimpin macam ni lah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top