Nuffnang

#MH17 : Ibu....Saya Kembali Keseorangan.....



Anak tunggal ketua pramugari penerbangan MH17, Diyana Yazeera menyatakan perasaan sunyi dan keseorangannya selepas kehilangan individu yang paling rapat dan disayangi olehnya.

Ibu Diyana, Dora Shahila Kassim merupakan di antara mangsa nahas pesawat MH17 yang mengorbankan 298 penumpang termasuk 15 anak kapal, Khamis lalu.

Penerbangan tersebut telah ditembak jatuh oleh pihak pemberontak pro-Rusia yang menyangkakan pesawat awam itu sebagai pesawat tentera Ukraine.

Beberapa hari lalu, Diyana banyak berkongsi perasaan sedihnya menerusi laman sosial miliknya seperti Twitter dan Instagram. Antaranya, dia menulis, “saya akan kembali berseorangan. Mummy, hanya Allah sahaja tahu betapa rindunya saya terhadap mummy sekarang”.

Semalam, Diyana, pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan turut meluahkan perasaan yang memerlukan ibunya kembali berada di sisinya,“saya sekarang mudah marah terhadap semua perkara dan semua orang. Mummy, tolong balik, please”.

Namun, di sebalik luahan hati sedihnya itu, Diyana turut memuat naik status-status yang memperlihatkan sisi tabahnya sebagai seorang anak yang baharu kehilangan ibu tercinta.

“Saya takkan berhenti daripada mengingatimu, mommy. Tiada siapa boleh menghalang saya daripada merindukanmu. Mummy sahajalah yang saya ada. Tapi jangan bimbang, mummy, saya akan teruskan legasi mummy okay?.

“Mummy sentiasa nak tengok saya berjaya kan? saya akan berjaya dan mengubah hidup saya, hanya tunggu dan lihat sahaja, okay mummy.

“Mummy rehat okay? Saya sayangkan mummy tapi Allah SWT lagi menyayangi mummy,” katanya memetik laman Twitter.

Diyana dan ibunya, Dora mempunyai pertalian yang sangat rapat malah kebanyakan gambar Diyana dalam media sosialnya mengandungi gambar selfienya bersama ibu.

Sementara itu, menerusi laman Facebook milik Dora, Allahyarhamah meletakkan gambar profilnya memakai pakaian berwarna hitam sebagai tanda bersedih di atas kehilangan misteri yang menimpa pesawat MH370, Mac lalu.

Semoga adik Diyana terus tabah dalam menjalani kehidupan dan semoga berjaya menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara seperti mana yang diimpikan oleh arwah ibunya terhadap satu-satunya permata hatinya itu. 





Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top