Berita ini pastinya membuatkan pejuang-pejuang ISLAM di seluruh dunia bertakhbir kegembiraan. Perkembangan terkini mendedahkan Dolev Kidar adalah tentera berpangkat Kolonel yang berjaya dibunuh oleh Briged Al-Qassam hari ini, iaitu tentera berpangkat yang tertinggi yang berjaya dibunuh Al-Qassam semenjak tahun 2011.
Kejayaan ini menyusul selepas 13 anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan pergerakan Hamas di Gaza semalam, ketika melakukan serangan darat.
Moshe Malaki, salah seorang tentera Israel dari Briged Golani yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan Briged Al-Qassam.
Jurucakap tentera berkata, setakat ini angka kematian anggota tenteranya di Gaza adalah seramai 18 orang.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 425 orang penduduk Palestin terkorban dalam serangan Israel yang sudah berlarutan selama dua minggu dengan menyaksikan lebih 3,000 orang cedera.
Kemaskini dari masa ke semasa
- Tentera Israel mengumumkan bahawa ketua unit komando mereka cedera parah ketika pertempuran untuk memasuki Gaza
- Pemimpin tinggi Hamas Muhammad Nazal menafikan pengumuman Azzam Ahmad bahawa telah wujud 'ketenangan' dan perbincangan syarat-syarat gencatan senjata. Dia juga menegaskan bahawa Hamas masih lagi tidak bersetuju dengan mana-mana gencatan senjata lagi.
- Israel mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan di Negev dan mengadakan sekatan jalan raya kerana bimbang dengan serangan gerilla musuh.
- Ramadhan Shalah :
"Abbas menghubungi saya supaya menghentikan pertempuran dan memulakan rundingan, saya jawab anda yang bercakap tentang rundingan ini sejak 20 tahun yang lalu, apa hasilnya?"
- Lebih daripada 11 rakyat Palestin terbunuh apabila dua peluru berpandu Israel menghentam Menara Salam di mana 40 keluarga tinggal di situ. Anggota Rela masih bekerja untuk mencari mangsa-mangsa di bawah runtuhan.
- Mangsa-mangsa baru ini meningkatkan angka kematian kepada 573 orang yang mati syahid.
- Sebentar tadi dalam satu pertempuran melibatkan pasukan komando Briged Izzuddin Al-Qassam melaporkan berjaya meletupkan sebuah lagi pasukan dengan perangkap, kemudian menembak mereka dengan RPG dan beberapa senjata berat serta bom tangan kemudian bertempur untuk beberapa minit pada jarak yang sangat dekat. Dan mereka mengesahkan bahawa 5 penceroboh tentera Israel terbunuh.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....