Nuffnang

HASUTAN!!! Rafizi Disiasat Lagi Untuk Entah Kali Keberapa?



Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli pada Jumaat hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya setelah dipanggil bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 berkaitan tindakan beliau mendedahkan sepucuk surat daripada seorang menteri kepada Bank Rakyat.

Menurut Rafizi, beliau disoal siasat selama dua jam bermula jam 11 pagi.


“Selepas saya dedahkan surat menteri itu kepada Bank Rakyat, satu laporan polis dibuat terhadap saya oleh satu NGO di Petaling Jaya mendakwa perbuatan itu bersifat menghasut.

“Jadi polis mulakan siasatan,” kata beliau yang juga Pengarah Strategi PKR seperti dipetik sebuah portal berita online.

Polis bagaimanapun tidak memaklumkann kepada Rafizi nama badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis terhadapnya.

Ini bukan kali pertama Rafizi disiasat di bawah kes hasutan.Pada Rabu lalu, Rafizi yang juga Pengarah Eksekutif sebuah NGO, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendedahkan kepada media surat yang beliau dakwa dihantar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek kepada Bank Rakyat meminta bank itu memberi layanan baik kepada seorang ahli perniagaan.

Pada 14 Mei lalu, beliau disiasat polis di bawah Akta Hasutan berhubung buku ‘Reformasi2.0: Fakta Kes Anwar Ibrahim’ yang ditulisnya.




Polis membuka kertas siasatan kes itu ekoran laporan polis dibuat terhadap buku tersebut yang memperincikan keterangan-keterangan yang diberikan di dalam perbicaraan kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rayuan kes itu di Mahkamah Rayuan.



Share this article

1 Komen:

  1. Tolong sumbatkan Pondan Pukimak ni ke dalam satu sel dengan kekasih sejati dia, Abang Non supaya pondan ni akhirnya akan berhenti meroyan dan membuat taik!

    What a fucking flaming pondan shit!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top