Nuffnang

#MH17 - VIDEO : Kisah Doktor Muda Yang Mengkagumkam....Kami Bangga Denganmu Akmal!!



KIEV - Dr Muhamad Akmal, seorang doktor kanak-kanak di Hospital Ampang tidak berfikir panjang bila ditawarkan menyertai pasukan penyiasat Malaysia berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, sekalipun terpaksa meninggalkan isteri yang sedang mengandung.

Lulusan dari Russian State Medical University itu berkata, hasratnya untuk memberi khidmat kepada negara dengan apa jua cara, sekalipun sebagai seorang penterjemah, memang merupakan keinginannya yang mendalam.


"Pada saat-saat sukar ini, saya rasa terpanggil untuk membantu oleh kerana boleh bertutur bahasa Rusia setelah mengikuti pengajian di Moscow selama enam tahun.

"Ini sebahagian daripada sumbangan saya untuk negara dan agama," katanya kepada Bernama, di sini.

Dr Muhamad Akmal, 26, adalah seorang daripada 131 anggota pasukan penyiasat Malaysia, yang tiba di sini hari ini.

Pasukan itu ditubuhkan berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa Malaysia akan mencari punca sebenar Penerbangan MAS MH17 terhempas di Ukraine pada Khamis, walaupun pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersil itu telah ditembak jatuh. 

Syarikat penerbangan itu mengesahkan pada Jumaat bahawa MH17 membawa 283 penumpang, termasuk tiga bayi, terdiri daripada pelbagai warganegara, dan 15 anggota kru.

Boeing 777-200 itu dari Amsterdam dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada Jumaat 6.10 pagi (waktu Malaysia).

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Dr Fatin Nadirah Idrus bila diberitahu mengenai pemergiannnya ke Kiev, Dr Muhamad berkata, walaupun ia juga seorang doktor dan memahami keinginannya, ia agak keberatan untuk membenarkannya pergi.

"Dia agak risau bila melihat saya membawa pakaian vest kalis peluru dibekalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

"Ini memandangkan kawasan itu agak tegang berikutan perbalahan antara pasukan pemisah pro-Rusia dengan tentera Ukraine," kata beliau. 

Dr Muhamad Akmal dan Dr Fatin Nadirah, yang mengandung lima bulan anak pertama mereka, berkahwin pada Januari lepas.

Semasa belajar di Rusia, beliau menjadi presiden Kelab Umno Rusia. 

Sementara itu, pasukan penyiasat Malaysia mengadakan mesyuarat membincangkan rancangan bagaimana hendak memasuki kawasan pesawat terhempas. 

Hadir di mesyuarat itu ketua delegasi, Khairil Hilmi Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya; dan Duta Besar Malaysia ke Ukraine, Chuah Teong Ban.

Chuah berkata, beberapa isu perlu diatasi sebelum pasukan itu boleh bergerak memasuki kawasan berkenaan, kira-kira 750km dari Kiev. - Bernama


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top