Nuffnang

RASIS!!! TERKINI : PDRM Tukar Anggota Serta Merta - KPN



ANGGOTA MUATNAIK STATUS BERUNSUR PERKAUMAN DITUKAR SERTA MERTA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar melalui akaun twitternya sebentar tadi memaklumkan seorang anggota polis yang memuatnaik status 'paria' telah diambil tindakan tukar serta merta.

Pegawai itu ditukar ke Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sehingga siasatan selesai.

Pegawai itu sebelum ini bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah.
Selain itu, beliau juga memaklumkan seorang wanita yang memuatnaik status menghina agama, akan turut disiasat.

Komen seorang wanita di Facebook menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial apabila didakwa menghina kapten pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.




"The captain is an idiot, puasa fasting, no fly zone... bodoh betul captain tu, MAS bunch of idiot" tulis akaun facebook bernama Sim Kwang Yung Sim.




Wanita itu jelas menyalahkan kapten Wan Amran Wan Hussin yang turut terkorban dalam tragedi itu. Komen beliau dianggap biadap kerana tidak menghormati disamping melemparkan kata-kata kesat yang juga seakan-akan menghina amalan puasa di bulan Ramadhan.
Share this article

1 Komen:

  1. kadang2 akaun palsu banyak dibuat utk menjatuhkan org lain..kena hati2 selalu..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top