Nuffnang

VIDEO : Kempen Boikot Produk Israel - Terbaiklah!!!



Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu beranggapan sekiranya kempen boikot terhadap barangan mereka benar-benar dilakukan, maka ekonomi negara mereka akan mengalami satu masalah yang besar. 

Hal ini berlaku susulan Britain telah memberi ancaman kepada negara Israel untuk memboikot barangan mereka sehingga Israel membuat perjanjian damai bersama Palestin. Terbaru di United Kingdom, terdapat sebuah video yang memaparkan sekumpulan rakyat mereka dengan memakai baju yang tertera 'Boycott Israeli Goods' yang bermaksud boikot barangan Israel. 


Kejadian ini berlaku di sebuah market yang menjual barangan keluaran Israel. Menurut Menteri Strategi Israel bahawasanya perjanjian ini tidak dapat dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa Palestin enggan melakukan perjanjian damai dengan mereka. 

Jelas sekali bahawa alasan yang diberikan tidak munasabah kerana pembunuhan yang berlaku kepada rakyat Palestin semuanya berpunca daripada Israel yang menceroboh untuk meluaskan pengaruh dan kawasan negara haram Israel. Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi, mari kita bertanya kembali kepada diri kita sendiri, berapa lama kita mampu tahan untuk memboikot barangan keluaran Israel Laknatullah ini?

Adakah sikap memboikot ini hanya untuk sementara sahaja. Kita sudah menanamkan dalam diri untuk membenci kekejaman dan perbuatan yang dilakukan oleh tentera Zionis ini tetapi sejauhmana pengucapan itu dapat di realisasikan melalui melalui perbuatan kita. Akhir kata, teruskan doa-doa kalian kepada saudara-saudara kita yang sedang bertarung nyawa di sana dan juga untuk keselamatan meraka. 

Mudah-mudahan umat islam yang terkorban mendapat ganjaran syahid dijalan Allah. 

Video di bawah menunjukkan salah satu gimik kempen boikot barangan Israel yang sempoi:





Berikut adalah syarikat Yahudi Di Malaysia (Penyumbang Terbesar) sumber dari PPIM :


  • Syarikat Guiness Malaysia Bhd - Shah Alam - dirasmikan pada 1966




  • Kilang Hilliburton - Johor Bharu - beroperasi 2008
  • Kilang Coca-Cola Bottlers Malaysia (kilang terbesar di asia tenggara) - 123,024 meter persegi - Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan - dalam pembinaan mula beroperasi 2011
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top