Nuffnang

VIDEO : SAYU!!! Siti Dedikasi Lagu Khas Buat #GAZA Dan #MH17



Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza mendedikasi album terbarunya, "Fragmen" khusus kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH17 serta umat Islam yang kini bergelut dengan maut di Gaza.

Fragmen yang terkandung sembilan buah lagu ini bertema nilai kasih, semangat, motivasi dan rasa cinta yang boleh dihayati melalui pendekatan menerusi lirik-lirik yang ditampilkan.
Siti berkata apa yang dialami oleh ahli keluarga penumpang MH17 seakan sama dengan emosi yang dilalui beliau ketika suaminya, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa terlibat dalam kemalangan di New Zealand pada tahun lepas.

“Kebetulan album ini diterbitkan ketika Malaysia berdepan berita sedih ini dan ketika umat Islam di Gaza berdepan dengan penindasan oleh Israel, saya seakan dapat merasai perasaan yang sama dengan apa yang dilalui oleh ahli keluarga ketika suami saya terlibat dalam kemalangan tahun lepas.

“Saya dedikasikan lagu Jaga Dia Untukku dan juga album Fragmen ini kepada ahli keluarga atau mereka yang melalui saat menyedihkan ketika ini agar sedikit sebanyak dapat memberi mereka semangat.” kata Siti ketika ditemui di majlis perlancaran album Fragmen serta majlis berbuka puasa di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur pada Isnin.

Album Fragmen adalah album solo ke 15 Siti dan merupakan kerjasama di antara Siti Nurhaliza (M) Sdn Bhd dan Universal Music. -Astro Awani


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top