Nuffnang

#MH17 : Ustaz Kazim Luah Perasaan Terhadap MAS!!




Syarikat Malaysia Airlines (MAS) merupakan syarikat penerbangan milik negara yang sememangnya perlu dijaga dan dipelihara serta disokong oleh rakyat Malaysia.



Berikutan insiden pesawat MH17 yang terhempas, Khamis lepas kini rakyat Malaysia dilihat banyak yang menyalahkan MAS dan mempersoalkan beberapa tindakan mereka biarpun mereka mengikut peraturan dalam laluan penerbangan antarabangsa.


Bagaimanapun, bagi Pendakwah; Ustaz Mohd Kazim Elias beliau tetap komited menyokong MAS dan dalam kemaskini terbaru di laman Facebooknya yang menyatakan sokongan kuatnya kepada MAS.







“Go MAS, Jangan patah sayap walau banyak ujian menimpa.. Bangun dan kukuhkan kekuatan, saya sokong MAS, InsyaAllah September nanti saya akan ke Melbourne untuk program kembara ilmu.



“Saya sudah tempah tiket MAS.. Saya bangga dengan MAS,” katanya.

Berapa ramai lagi agaknya orang rakyat Malaysia yang sanggup menyatakan kesanggupan terus setia menggunakan syarikat penerbangan milik Malaysia ini untuk bermusafir tidak kira untuk pelancongan biarpun untuk bekerja.

Pesawat MH17, mengalami kesudahan yang mengejutkan apabila terhempas di Grobovo, Ukraine berhampiran sempadan Russia didakwa telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu oleh pasukan pemberontak pro-Russia.


Sehingga kini pasukan penyiasat antarabangsa masih gagal mencari jalan untuk sampai ke lokasi nahas dan memulakan proses siasatan antarabangsa. 

SUMBER


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top