Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#MH17 : VIDEO - KECOH Semasa Usul Wee Ka Siong Di Parlimen!!!



DALAM sibuk membahaskan usul berkaitan insiden yang menimpa pesawat MH17, Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong sempat mengecam kenyataan isteri seorang ADUN DAP Pulau Pinang yang baru-baru ini menyifatkan kejadian tersebut bukti negara ini adalah sebuah negara yang menggerunkan.


Sudah tentu yang tidak senang duduk ialah Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng kerana ADUN yang dimaksudkan ialah bekas Setiausaha Politik dia sendiri, Ng Wei Aik.

Elok juga Ka Siong membangkitkan perkara ini kerana kita semua tahu menggunakan isteri (atau orang lain for that matter) untuk mengecam kerajaan dalam insiden ini adalah taktik terbaru yang digunakan pembangkang.

Kalau mereka sendiri yang kecam nanti, teruk dikutuk orang, kalau guna bini, sekurang-kurangnya “itu pendapat dia, bukan pendapat saya” – kerjaya politik selamat, mesej sampai.

Samalah kesnya macam kenyataan tidak bertanggungjawab beberapa orang pemimpin pembangkang melalui akaun Twitter berhubung isu MH17 ini. Mula-mula keluar diam, bila dah heboh tak mengaku, ugut nak buat laporan polis dan sebagainya.




Tapi publisiti dapat dah.

Penulis puji Ka Siong dalam hal ini. Dari segi politik, Ka Siong meneruskan momentum yang dimulakan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai sejak insiden ini bermula. Tiong Lai seperti yang kita semua sedia maklum, begitu komited sekali dalam membantu Perdana Menteri menguruskan tragedi ini.

Gaya dan penampilan beliau berhadapan dengan wartawan, tidak menampakkan dirinya sebagai Menteri Pengangkutan yang baru 3 minggu dilantik ke jawatan itu.

Kedua-dua mereka membuktikan kepada orang cina bahawa MCA adalah lebih baik dari DAP yang hanya kuat bercakap tapi penuh dengan asap – macam Anwar Ibrahim jugaklah.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top