Nuffnang

PEJAM MATA? DBKL Dikecam Premis Makanan Haram Cina Bebas Beroperasi!!!!



Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Nambikki Malaysia mengadakan satu perhimpunan aman di hadapan sebuah restoran makanan cina Bak Kut Teh di Jalan Klang Lama di sini hari ini berikutan laporan mendakwa ianya beroperasi tanpa lesen perniagaan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Presiden Nambikki Malaysia, Kalai Valar berkata, premis perniagaan yang dibina di sebelah lebuhraya bertingkat ini agak meragukan kerana hasil laporan mendakwa ianya bakal mengakibatkan nyawa pengunjung terancam.


"Kami hadir pada hari ini dalam kumpulan kecil sebagai satu amaran di mana ingin memberitahu Datuk Bandar agar segera bertindak menutup gerai Bak Kut Teh ini.

"Kami telah menerima banyak aduan daripada orang ramai kononnya pihak DBKL dan Datuk Bandar enggan berkerjasama menutup kedai ini sedangkan ianya telah beroperasi tanpa lesen beberapa tahun.


"Sekiranya kereta, bas atau lori tangki terbabas dan berkemungkinan terjatuh ke atas kedai dan berkemungkinan besar kehilangan nyawa yang amat besar akan berlaku," katanya lagi

Beliau turut mempersoalkan pihak DBKL yang tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap premis yang telah ditetapkan serta tidak mengikut sebarang piawaian projek pembinaan.




"Kenapa DBKL tidak begitu prihatin menggunakan dan menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam akta undang-undang kerajaan tempatan?

"Kenapa peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman sentiasa di ganggu oleh pihak berkuasa, kenapa disini mereka tidak mahu mengambil tindakan?

"Mereka mempunyai undang-undang dimana sekiranya jambatan yang dibina tanah rizab jaraknya 300 meter daripada jambatan. Akan tetapi pemilik kedai langsung tidak memberikan seinci tanah rizab ini malah menyapu kesemuanya," katanya.

Kalai Valar juga mengingatkan pihak kerajaan agar 'tidak boleh sewenang-wenangnya mengucapkan perkataan takziah' sekiranya sesuatu tragedi yang tidak diingini berlaku terhadap orang awam.

"Sekiranya orang mati di sini, siapakah yang akan bertanggung jawab?

Selepas itu ucapan takziah. Kita tidak mahu kerajaan atau Datuk Bandar yang mengeluarkan ayat takziah. Cukuplah takziah buat negara kita, kita tidak mahu lagi melihat rakyat Malaysia merana dengan perkataan takziah," katanya lagi.

Beliau menegaskan, satu laporan polis terhadap DBKL serta Datuk Bandar telah dilakukan supaya segera bertindak mengarahkan premis tersebut diarahkan tutup selewat-lewatnya esok.

Restoran Makanan Cina telah beroperasi selama 2 tahun tanpa sebarang lesen perniagaan yang sah serta boleh mengancam nyawa para pengunjung yang hadir menikmati hidangan di restoran tersebut.

Share this article

1 Komen:

  1. kita orang melayu tak boleh nak membantah biarlah orang india yang lakukan..orang melayu macam anak tiri dibumi tanah melayu ni

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top