Dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland untuk menghadiri Sukan Komawel, sempat singgah kota London. Kebetulan hari ini di London ada perarakan besar untuk menyokong Gaza dan mengecam Israel.
Saya juga telah menyertai perarakan tersebut yang terdiri dari ribuan orang pelbagai bangsa dan agama. Kami cuba menuju ke kedutaan Israel tetapi jalan ke situ ditutup oleh polis London. Peserta semua telah berhenti berhampiran kedutaan tersebut di High Street Kensington dan mendengar ucapan dari para aktivis.
Walaupun cuaca panas, semua peserta begitu bersemangat membawa mesej Free Palestine! Saya cukup kagum dengan masyarakat UK yang mana tak kira Muslim atau non-Muslim membanjiri jalanraya kota London. Ini membuktikan isu Palestin adalah isu sejagat bukan hanya isu umat Islam.
Pengalaman puasa di sini pula merupakan pengalaman baru. Sebab saya berada dalam pesawat semalam, saya berhenti makan pada jam 12 tengah malam waktu UK. Buka puasa pula jam 9 malam. Bermakna saya akan berpuasa 21 jam hari ini.
Alhamdulillah, satu pengalaman yang tidak dapat dilupa kerana dapat juga berjalan bersama warga London bersolidariti untuk Gaza!
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....