Nuffnang

VIDEO : Pesawat Milik Algeria Hilang, Dikhuatiri Ditembak!!!


ALGIERS – Sebuah pesawat Air Algerie terputus hubungan selepas kira-kira 50 minit berlepas dari Burkino Faso menuju ke Algiers.

Ia hilang hubungan ketika dalam perjalanan dari Ouagadougou ke Algiers.

Pesawat AH 5017, yang terbang dari Ouagadougou-Algiers sebanyak empat kali seminggu itu dipercayai membawa 110 penumpang dan enam anak kapal.

Susulan itu, agensi berita rasmi Algeria, APS melaporkan syarikat penerbangan terbabit melancarkan pelan kecemasan bagi mengesan pesawat terbabit.





Belum pun diketahui nasib pesawat Air Algerie yang ketika ini masih hilang daripada sebarang hubungan, sudah timbul beberapa spekulasi berkenaan kesudahannya.

Memetik laporan Hufftingonpost.com, ketika ini syarikat penerbangan itu sudah pun mengaktifkan perancangan kecemasannya bagi mengesan lokasi pesawat berkenaan.

Pesawat berkenaan berlepas dari Ougadougou, Burkina Faso yang merupakan sebuah bandar terletak di barat benua Afrika ke Algiers tidaklah laluan yang lancar.

Terdapat dakwaan bahawa pesawat itu mungkin akan melalui ruang udara Mali di mana berlakunya konflik di kawasan utara.

Bagaimanapun, seorang sumber kanan dari Perancis berkata kejadian itu tidak mungkin berlaku kerana militan di Mali tidak mempunyai keupayaan senjata untuk menembak jatuh pesawat.

Sumber berkenaan yang enggan didedahkan, berkata militan di sana banyak menggunakan senjata pelancar roket jenis yang diletakkan di bahu dan mustahil boleh menembak sebuah pesawat yang sedang berada di altitut tinggi.

Sehingga laporan ini ditulis, pesawat itu telah hilang dari hubungan selama enam jam

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top