Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TERKINI : Adik Firdaus Dibenarkan Keluar Hospital!!



SEREMBAN: Remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Jaafar, jam 9.40 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Abdullah Hanapi, berkata Firdaus akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membolehkan JKM mendapatkan perintah hak penjagaan sementara terhadap remaja itu.


Katanya, hak penjagaan sementara selama sebulan itu dibuat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan Firdaus ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, di sini.

"Sepanjang tempoh itu, pegawai JKM akan menyediakan laporan sama ada Firdaus akan ditempatkan secara kekal di Taman Sinar Harapan atau tidak," katanya hari ini.

Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan dengan tubuhnya kurus kering dalam sebuah rumah yang kotor ketika operasi Jabatan Imigresen memburu pendatang tanpa izin, di Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun lalu. - BH Online
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top