Nuffnang

#MH17: PANAS!!! Seseorang Cuba Hubungi Keluarga Menggunakan Ipad Mangsa - Hishamuddin!!





Satu pendedahan yang mengejutkan dari satu keluarga mangsa tragedi MH17 hari ini

Keluarga mangsa nahas MH17 dilaporkan ada menerima mesej melalui laman sosial Facebook mangsa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, memaklumkan perkara itu melalui kemas kini status Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau telah bertemu keluarga mangsa MH17 dan salah seorangnya merupakan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, Leftenan Komander Lee Vee Weng yang kehilangan isteri, anak dan adik ipar dalam nahas, Khamis lalu.

“Isterinya seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah yang ke Eropah untuk membentangkan kertas kerja di Universiti Antwerp yang membawa adik perempuan bagi membantu menjaga anak lelaki mereka yang berusia setahun ketika dia menghadiri persidangan.

“Seseorang telah menemui iPad isterinya dan cuba menghubungi ahli keluarga menerusi Facebook yang tidak didaftar keluar. Individu itu menghantar mesej kepada kakak mangsa yang kebetulan online namun mesej tersebut dalam bahasa Rusia,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya telah menyerahkan perkara itu kepada kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur untuk mengesan individu tersebut.




Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top