Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#MH17 : Akhirnya Anwar Bercakap "YANG BENAR" Mengenai Najib Razak!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan pantas Datuk Seri Najib Tun Razak mencapai persetujuan dengan puak pemisah Ukraine bagi mendapatkan akses penuh ke lokasi pesawat MH17 terhempas.

Tambah Ahli Parlimen Permatang pauh itu, Perdana Menteri bertindak dengan penuh bertanggungjawab terutama dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang turut terkorban.

“Saya memilih untuk memahami dan sokong (tindakan Najib) sebab saya rasa mana-mana pemimpin memilih menjaga kepentingan rakyat terkorban.

“Saya fikir tiada jalan keluar melainkan merujuk kepada kumpulan pemisah yang menjaga kawasan berkenaan,” katanya pada persidangan khas Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Menerusi perbahasannya, Anwar turut menyokong usul yang dikemukakan oleh Perdana Menteri bagi mengutuk tindakan tidak berperikamanusiaan oleh pihak tidak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine 17 Julai lalu.

Selain itu Anwar turut mendesak supaya pihak yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut supaya dihadapkan ke muka pengadilan.

Sebelum ini pendekatan diplomatik yang digunakan Perdana Menteri turut menerima pujian daripada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan menyifatkan langkah yang diambil Najib adalah terbaik bagi menyelesaikan percanggahan mengenai MH17.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 kru.

Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - mStar Online

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau terpaksa mengambil keputusan berisiko demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi ketika mengadakan rundingan dengan Ketua Pemisah Pro-Russia, Alexander Borodai, kelmarin. 




"Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku," katanya ketika membentangkan usul khas mengenai MH17 kepada Dewan Rakyat, hari ini. Katanya, tidak semua tindakan perlu dihebahkan.  
"Sometimes we must work quitely in the service of a better outcome” yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu,"
 katanya. - BH Online
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top