Nuffnang

AZIZUL HASNI Wira Umat Dan Kemanusiaan!! #Solidariti4Azizul #Pray4Gaza



Keberanian yang ditunjukkan pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dengan menayangkan sarung tangan bertulis 'Save Gaza' adalah sikap yang terpuji.

"Azizulhasni jelas merupakan wira umat dan sekaligus wira kemanusiaan," kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abdul Rahman dalam satu kenyataannya.

Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza".
Ia dirakamkan oleh kamera selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir.

Bagaimanapun, Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik memberitahu The Associated Press, mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil tindakan.

Abim berpendapat, Azizulhasni mewakili generasi muda Malaysia tanpa mengira latar agama dan bangsa menyertai umat dunia membantah pemerkosaan kemanusiaan oleh regim pengganas Zionis.

"Seharusnya pihak penganjur Sukan Komanwel berbangga dengan tindakan Azizulhasni ini yang menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin," kata Amidi.

Beliau berkata, Gaza bukan konflik politik biasa tetapi ia adalah satu pencabulan hak kemanusiaan yang amat buruk.

Katanya, tiada rekod seburuk Israel dalam perihal Hak Asasi Manusia yang membunuh tanpa belas dan merampas tanah rakyat Palestine.

Beliau berkata, sukan adalah wahana membina perpaduan dan kemanusiaan menyebabkan tindakan Azizulhasni adalah demi memartabatkan kemanusiaan.

"Abim mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan penghargaan dan penghormatan terhadap Azizulhasni yang mempertaruhkan masa depan kerjayanya dan juga mungkin keselamatan dirinya demi menyelamatkan Gaza dan kemanusiaan," katanya.

Pelumba basikal negara, Azizul Awang Hasni tidak dibenarkan menyertai kejohanan Sukan Komanwel dalam acara yang disertainya tahun ini kerana dia menunjukkan sokongan kepada Palestin dan Gaza. Alasan yang diberikan oleh penganjur ialah, Azizul Awang Hasni mencampuradukkan politik. Walhal Scotland yang merupakan salah sebuah negara yang sangat takut dan terpaksa menyokong kuat Zionis, tidak pula dapat memisahkan negara itu daripada bersolidariti dengan Zionis.

Walaupun mungkin pegawai-pegawai sukan dari Malaysia yang berada di Glasgow berpendapat, kes melibatkan Azizul Awang Hasni adalah kes terpencil, sepatutnya inilah masanya untuk mereka menunjukkan bahawa Malaysia ada maruah dan Malaysia tetap mempertahankan pendirian menentang Zionis dan menyokong Gaza serta Palestin.

Kalau Azizul Awang Hasni tidak dibenarkan bertanding kerana pendiriannya menyokong Gaza, adalah lebih baik seluruh kontinjen Malaysia dibawa balik dan tidak perlu menyertai apa-apa acara sukan di Glasgow kerana pendirian negara ialah, MENYOKONG PALESTIN DAN MENGECAM ZIONIS ISRAEL!!!

Bagaimanapun perkembangan terkini akhirnya berpihak kepada Azizul Hasni tetapi bersyarat.

Jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang terlepas daripada tindakan dan boleh beraksi dalam perlumbaan suku akhir acara pecut lelaki Sukan Komanwel XX yang dijadual berlangsung di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow pada jam 6 petang tadi (waktu Malaysia).

““Untuk pengetahuan semua, saya masih boleh berlumba hari ini, tetapi tanpa sarung tangan ‘Save Gaza’.

“Terima kasih semua dan saya benar-benar menghargai anda,” kata Azizulhasni dalam status di Facebooknya.
Azizulhasni yang memburu emas pertama Komanwel dalam acara kegemarannya, keirin akan menentang pelumba New Zealand, Sam Webster pada suku akhir hari ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top