Nuffnang

MENTERI BESAR : Rafizi, Mahfuz Enggan Terima Keputusan Hadi!!!



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli tidak berpuas hati dan enggan menerima menerima kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk melantik Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kata Ahli Parlimen PKR Pandan itu beliau akan cuba mendapatkan penjelasan PAS terlebih dahulu berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.


“Saya tak fikir sekarang ini adil untuk memberi komen. Kami sedang cuba mendapatkan penjelasan dari PAS berhubung perkara 

ini,” kata beliau dipetik portal berita Malaysiakini.

Perkembangan terbaru ini sekali lagi menunjukkan tiada koordinasi atau keselarasan di kalangan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Selain itu ia juga menonjolkan sikap gelojoh barisan pimpinan parti dalam PR, khususnya PKR yang gemar membuat “gempak” dengan membuat pengumuman awal berkenaan sesuatu isu sekalipun ia sebenarnya belum benar-benar dimuktamadkan.

Rafizi sendiri mempunyai sikap suka jadi “hero” dengan “membongkar” pelbagai perkara yang didakwa penyelewengan sekalipun buktinya belum cukup “masak” dan kukuh, hingga mengakibatkan beliau kini berdepan beberapa kes hasutan dan saman fitnah.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan Majlis Pimpinan PR yang bermesyuarat pada Rabu lalu menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Wan Azizah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang yang juga isterinya.

Pengumuman itu dibuat Anwar ketika pimpinan tertinggi PAS belumpun lagi berbincang dan memuktamadkan perkara itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya mengenai kenyataan Hadi itu berkata, itu bukanlah keputusan parti.





Ini kerana isu pertukaran menteri besar Selangor itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya Aidilfitri nanti.

“Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini),” kata Mahfuz, Jumaat.

Hadi pagi tadi dilapor menyuarakan sokongan agar Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana prestasinya yang cemerlang, tiada masalah besar dan tidak khianat dalam memikul amanah kepada rakyat Selangor.

Khalid dalam reaksi segera melalui akaun Twitter beliau petang tadi mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan Presiden PAS itu.

Share this article

1 Komen:

  1. nampak nak huruhara dah selangor ni. apa dah jadi, sekekap setuju sekejap tak setuju, sapa yg jadi ketua dlm pas ni, umno henjut senafas lagi bolehlah ambik semula selangor ni tu pun kalau ada kepintaran.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top