Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MH17 : BONGKAR!! Analisis Kotak Hitam Sahkan Teori Awal!!!



Ketika tuduh menuduh antara Ukraine dan Rusia berhubung tragedi MH17, analisis kotak hitam daripada pesawat MAS itu menunjukkan ia terhempas selepas dimusnahkan oleh serangan roket yang menyebabkan ‘letupan besar-besaran’.


Serangan itu kini disiasat sebagai jenayah perang, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kiev dan Barat menuduh pemberontak pro-Rusia menembak jatuh kapal terbang berkenaan dan Kesatuan Eropah (EU) merangka sekatan lebih keras terhadap Rusia.

Antara sekatan yang dipertimbangkan ialah terhadap sektor ekonomi termasuk sekatan senjata.

Moscow, bagaimanapun menyifatkan langkah yang dilakukan EU itu sebagai ‘tidak bertanggungjawab’.

Ia berkata kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab terhadap serangan ke atas pesawat MH17 yang mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal.

Jurucakap Majlis Keselamatan Ukraine, Andriy Lysenko, pada sidang akhbar di sini berkata, pakar-pakar yang menganalisis perakam dari pesawat itu membuat kesimpulan bahawa serangan roket menjadi punca MH17 terhempas di wilayah pemberontak di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Britain ditugaskan untuk memuat turun data dari kedua-dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top