Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TAK JADI? Tunang Sejak 2011, Bila Lagi Elly?


Elly Mazlein rasanya salah seorang daripada artis yang sudah cukup lama mengikat tali pertunangan. Abang Nara ingat lagi majlis pertunangan Elly Mazlein. Memang meriah macam majlis perkahwinan. Cincin pertunangan yang diberikan pun nampak sangat cantik dan pastinya mahal. Namun sayangnya, sehingga ke hari ini status Elly masih lagi tidak bergelar isteri kepada Azmi Hatta walaupun sudah bertunang sejak 2011.

Baru kehilangan ibunya 2 bulan yang lalu, Elly Mazlein memaklumkan yang beberapa persiapan perkahwinan yang dilakukan olehnya telah pun dibatalkan. Adakah ini bermakna Elly tidak akan berkahwin? Hanya Elly yang tahu jawapannya. Kata Elly:-

"Tentang perancangan perkahwinan saya, saya tak mahu fikirkan buat masa ini. Sebenarnya ada beberapa persiapan telah dibuat tapi semuanya telah dibatalkan. Mama sudah tiada. Saya tak mahu buat besar-besaran".

"Kalau saya kahwin pun, saya hanya akan akad nikad dan menjamu tetamu. Tiada persandingan. Tapi buat masa ini saya tidak bersedia lagi untuk memikirkan soal itu. Tapi janji saya tetap sama, bila tiba masanya nanti, saya akan beritahu semua".



Nampak gayanya Elly Mazlein masih dalam keadaan bersedih dan tidak mampu berfikir mengenai perkahwinannya. Memang satu tamparan yang hebat apabila kehilangan ibu kita. Semoga Elly tabah dengan dugaan ini. Nanti kalau ada berita baik, beritahulah kami. Tak sabar rasanya nak tengok Elly bersanding. Info asal MalaysianDigest.
Share this article

1 Komen:

  1. Bercerita pasal tunang ni, apa citer anak dara najib dan rosmah yg mulut lebar tu ya. Bertunang dgn mamat khazastan tu bukan sekejap2. Buat majlis tunang besar2an tapi senyap aja kawin ke tidak atau kawin aja tapi tak nikah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top