Nuffnang

Maklumat Terkini Pencerobohan Bersenjata Di Lahad Datu, Sabah




Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.

Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.




ddd



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.

Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.

Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.


lahad datu



Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata “tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara”.

Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mynewshub.my difahamkan ‘semua tindakan perlu’ telah diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan kawasan yang terlibat khususnya dan Sabah amnya berada dalam keadaan selamat.

Dikatakan, beberapa kawasan pulau kecil yang disyaki digunakan oleh warga asing tersebut telah dikenal pasti lokasinya.

Menurut sumber, insiden tersebut berkait rapat dengan tuntutan warga asing berkenaan terhadap kedaulatan Sabah namun siasatan terperinci masih dijalankan bagi menentukan motif sebenar kejadian.


Maklumat dari sumber:-
Assalamualaikum, maklumat dr Ops room KK:

1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.

2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.

3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan Op DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian

4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian)5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.


BB : HARAP SEMUANYA KEMBALI AMAN!!!


Share this article

9 Komen:

  1. biarlah mrk minta lahad datu dan semporna kita masih ada banyak daerah

    BalasPadam
    Balasan
    1. WALAU SEINCI ATAU SEBESAR ZARAH2 TANAH SABAH JGN SESEKALI SERAHKAN PADA MEREKA INI MARUAH NEGARA DAN RATA2 PENDUDUK SABAH TAK AKN MAU

      Padam
    2. Kami urang2 sabah tidak akan membenarkan seinci pun tanah kami di ambil oleh pelipin.

      Padam
  2. SITUASI INI BERLAKU KRN RCI MUNGKIN MEREKA DARI KETURUNAN SULTAN SULU YG DAPAT IC PROJEK MERASA MEREKA AKN DHANTAR PULANG KE FILIPINA TEMPAT ASAL SULTAN MEREKA

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEBAB TULAH MUNGKIN ADA ANTARA GOLONGAN INI MINTA SOKONGAN DARI KUMPULAN PENCEROBOH TERSEBUT

      Padam
    2. jangan kamu org politikkan apa yang berlaku. Kami urg2 sabah sanggup berjuang bersama jika dipanggil. Rakan kami, iban2 & dayak2 di sarawak juga sanggup menolong kami...sedih melihat di semenanjung isu ini dipolitikkan, kunun ni umno punya kerja...bacalah tu paper philipina betul2...sepatutnya ni isu, kita sama2 satu hati...

      Padam
  3. APA APAPUN HARAP2 SEMUA PIHAK AMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA INI DAN JGN BERTEKAK PASAL KETURUNAN ASAL USUL KERANA SEMUANYA SUDAH TERBUKTI BAHAWA SULTAN SULU MEMANG WUJUD DAN PERNAH MEMERINTAH SABAH D MASA LAMPAU

    BalasPadam
  4. YANG PENTING SIAPA YANG TERBUKTI DIA KELAHIRAN FILIPINA YG BARU MENDARAT D SABAH SEBAGAI PTI HARUS MENERIMA HAKIKAT KEPENDATANGAN MEREKA IAITU PATI YG HARUS DHANTAR PULANG KERANA INI AKAN MENJEJASKAN PENDUDUK TEMPATAN SABAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah kepada pasukan keselamatan negara yg sanggup berkorban walaupun jiwa melayang demi kedaulatan negara. Bangsat kepada pemimpin politik yg hanya pandai menyalahkan orang lain bagus dia orang ini di hantar jumpa kumpulan pengganas biar mereka rasa peritnya hidup kalau negara tidak aman.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top