Nuffnang

Awie Ketuai Gerakan Banteras Maksiat


Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) hari ini mengambil inisiatif menubuhkan pusat media bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala sosial di Pulau Pinang.


Timbalan Presidennya Azhar Othman atau penyanyi dan pelakon terkenal Awie berkata menerusi pusat media berkenaan, pertubuhan itu akan membongkar aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan lumba haram, aktiviti perjudian tidak berlesen dan maksiat.

Katanya maklumat termasuk bukti bergambar mengenai kegiatan tidak sihat itu akan disalur kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga merancang untuk mewujudkan radio Internet tidak lama lagi bertujuan mendidik masyarakat menjadi warga negara yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta sayang kepada bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat media itu di Jalan Terengganu di Georgetown hari ini.

Awie berharap pusat media Pertiga berupaya menjadi medium yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya bekerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan persekitaran selamat serta bebas dari gejala negatif itu.

"Setakat ini skuad media kita terdiri daripada 20 orang 'cybertroopers' dan mereka akan mengumpul bahan mengenai kegiatan salah laku masyarakat untuk disiarkan dalam laman web rasmi dan facebook Pertiga," katanya.

Beliau berkata Pertiga memiliki lebih 60,000 ahli di seluruh negara dan pihaknya telah melancarkan skuad media seumpama itu di beberapa negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak.

- Bernama
Share this article

2 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top