Nuffnang

MyDaftar Program Diiktiraf Dunia, Rakyat Perlu Manfaatkannya - Najib Razak

Kenapa DS Najib begitu memuji program My Daftar ini??? Dan kenapa pula program ini mendapat pujian dunia khususnya daripada PBB? Apa yang baik sangat mengenai program ini?

Menurut Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kempen MyDaftar bagi membantu golongan tidak memiliki dokumentasi pengenalan diri sebagai khidmat yang memanfaatkan ribuan penduduk di negara ini.





Beliau berkata, kempen yang dilancarkan bagi menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India di negara ini telah menerima pengiktirafan khas dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kempen MyDaftar untuk menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India menerima pengiktirafan PBB. Satu perkhidmatan yang memberi manfaat kepada beribu-ribu orang,” kata Najib dalam tweet terbaru beliau hari ini.
Najib melancarkan Kempen MyDaftar peringkat kebangsaan pada Februari 2011 bagi membantu menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India yang tidak mempunyai sijil kelahiran, kad pengenalan diri atau kewarganegaraan.
Menurut Berita Semasa pula, ramai tidak menyedari dengan memperolehi dokumen pengenalan diri, sebenarnya mereka telah mempunyai akses kepada pelbagai faedah yang diberikan kerajaan antaranya kemudahan bantuan perubatan, pendidikan dan kebajikan.

Namun begitu, proses untuk mendapatkan dokumen pengenalan kadang kala agak sukar bagi sesetengah pihak disebabkan pelbagai faktor menyebabkan ada golongan yang tergelincir dari mendapatkan segala faedah yang ditawarkan kerajaan walaupun mereka telah berada di negara ini berpuluh tahun lamanya.
Pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi memudahkan permohonan dokumen pengenalan diri, ini termasuk program MyDaftar yang dilancarkan pada Feb tahun lepas oleh Kementerian Dalam Negeri, yang pada Selasa menyaksikan 100 pemohon dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akhirnya menerima dokumen pengenalan diri mereka buat kali pertama.
Lebih manis, apabila dokumen pengenalan diri mereka diserahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di sini.
Santhi Manokaran, 13, adalah antara penerima termuda dokumen pengenalan diri di bawah kempen itu dan menganggap dirinya bertuah terpilih daripada pemohon yang direkodkan bagi permohonan dokumen pengenalan diri sejak ia dilancarkan.
“Dahulu saya selalu berasa cemburu dengan rakan-rakan kerana mereka memiliki kad pengenalan tetapi saya tidak. Kini kami serupa dan ini membuatkan saya sangat gembira,” katanya kepada Bernama.
Beliau dipelihara oleh ibu angkatnya di Klang setelah kematian ayah dan diabaikan oleh ibunya, warganegara Filipina sejak kecil.
Pelajar tingkatan satu, SMK Perempuan Raja Zarinah, Klang, itu berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh agar segala kemudahan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan mampu dinikmatinya tanpa sebarang kesulitan kelak.
Sementara itu, Veluthettil Vijaya Kumari, 53, yang memegang status penduduk tetap berkata beliau mengalami kesukaran untuk memperolehi status kewarganegaraan, lebih perit setelah kematian suaminya yang merupakan rakyat Malaysia.
“MyDaftar memberi saya sinar baru kerana sekarang saya sudah memiliki kad pengenalan berwarna biru. Saya tidak akan mengalami masalah untuk mendapatkan bantuan perubatan malahan hasrat untuk membeli rumah juga bakal terlaksana,” kata beliau.
Dalam nada gembira, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang akhirnya merealisasikan impiannya.
Manakala, Sarayunnisa Arsad Ali, 75, berkata beliau telah berusaha semenjak beliau berusia 12 tahun lagi bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri, namun gagal.
“Ini merupakan pemohonan saya yang ketiga. Pemohonan kedua dilakukan pada 35 tahun yang lalu. Saya selalu menghantar surat untuk mendapatkan jawapan namun mereka sering memberi alasan tidak siap.
“Alhamdulillah, MyDaftar membantu saya memiliki kad pengenalan dan ini memudahkan saya untuk menunaikan umrah,” kata beliau.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top