Terengganu - Program Jelajah Anak Malaysia (Transformasi Rakyat) telah diadakan di dua Parlimen iaitu Parlimen Kuala Terengganu dan Parlimen Kuala Nerus.
Program ini telah dilaksanakan diseluruh Malaysia anjuran Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) dengan kerjasama Gagasan Terengganu program ini telah menjelajah ke dua destinasi di Terengganu bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sepanjang dua hari satu malam. Tapak ekspo bagi Program ini telah diadakan di Pasar Raya Hock Kee Seng, Gong Badak (Kuala Nerus).
Pelbagai acara telah diadakan di Parlimen Kuala Terengganu bermula dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, diikuti program bersama semua warga tempatan iaitu Suara Rakyat, Program Kami Prihatin, Kuliah Rakyat (Imam Muda Asyraf), IM4U (gotong-royong), Rakyat Cergas dan Belia Prihatin.
Pelbagai booth telah dibuka dari semua agensi dan jabatan termasuk seperti Jabatan Penerangan Terengganu, Jabatan Penyiaran Terengganu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Polis Diraja Malaysia. Manakala di Kuala Terengganu program tumpuan adalah Kuliah Rakyat di Masjid al-Taqwa Durian Burung, dan futsal (DS Sport Centre).
Program yang bermula di Putrajaya pada 30 Januari lalu, selepas Terengganu,Program Jelajah Anak Malaysia akan ke Pekan, Pahang (8 hingga 9 Februari); Sembrong, Johor (9 Februari),Hulu Langat, Selangor (12 hingga 13 Februari) dan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur (13 hingga 14 Februari).
Menurut Dato’ Mohd Nasir merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, program ini memilih tempat di Parlimen Kuala Nerus adalah disebabkan Parlimen ini dipenuhi dengan mahasiswa yang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Darul Iman. Program ini dapat mendekati belia secara langsung untuk berkongsi pengalaman kehidupan rakyat di Kampung dan juga memupuk semangat bantu membantu.
Acara kemasyarakatan ini adalah acara yang disokong penuh oleh Perdana Menteri Malaysia,Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dimana Tahun 2013 ini dikatakan Tahun Sukarelawan Negara 2013. Program ini jyga dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang sesama manusia, persekitaran serta haiwan.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....