Nuffnang

WOW!!! RM20,000 Untuk Belia. Cepat-cepatlah Memohon!!!


Wow!!! Apa lagi yang nak diberikan oleh kerajaan ni??? Macam-macam dah diberi. Tapi rupanya ada lagi. Best...best macam ni. Tapi bagaimana? Siapa yang layak mendapatnya? Nak tahu? Cuba baca syarat-syaratnya... Kalau rasa anda layak, cepat-cepatlah memohon. Rezeki tidak datang bergolek beb!!


PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA


Kementerian Belia dan Sukan menjemput belia mengemukakan pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara 2013 bagi kategori:


Anugerah Perdana Belia Negara (Lelaki)
Anugerah Perdana Belia Negara (Wanita)
Anugerah Perdana Belia Negara (Inovasi)

Pemenang akan menerima trofi, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM20,000.00


Anugerah Belia Negara telah mula diperkenalkan pada tahun 1988. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi perhargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia Malaysia dalam pelbagai bidang.

Anugerah ini dinamakan Anugerah Perdana Belia Negara bagi meraikan kejayaan belia yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang serta menunjukkan kepada masyarakat sumbangan belia ke arah  pembangunan negara.

Terma dan Syarat boleh diperolehi di Suara Generasi Baru
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top