Nuffnang

Janji Ditepati!!! Tempoh Peroleh Pekerjaan Oleh Graduan Semakin Singkat


PUTRAJAYA, 8 Feb – Graduan di negara ini lebih bernasib baik kerana tempoh untuk mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian lebih singkat berbanding sesetengah negara lain yang mengambil masa sehingga dua tahun.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata fenomena ini berlaku kerana Malaysia mampu melahirkan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
“Kita tidaklah berdepan dengan apa yang berlaku di negara-negara lain yang kadar pengangguran tinggi sehingga ada yang mencapai sehingga dua tahun untuk diserapkan dalam pasaran kerja. Kita lebih baik daripada itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis konvokesyen 207 graduan Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) di sini Jumaat.
Turut hadir Pengarah Urusan My-Partners Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Johan Mahmood Merican.
Mohamad Khaled berkata kajian kementerian juga mendapati lebih 70 peratus graduan berjaya memperoleh pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian.
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada kebolehpasaran graduan dan kebolehdapatan pekerjaan melalui penganjuran pelbagai program untuk melengkapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran.
Ini termasuk program GCAP yang diadakan dengan kerjasama My-Partners dan TalentCorp yang terbuka kepada graduan tempatan yang belum bekerja selepas tamat pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif 2.3 dan ke atas dalam mana-mana bidang pengajian.
Melalui penyertaan selama enam minggu dalam GCAP, graduan didedahkan kepada latihan interaktif berasaskan keperluan industri selain meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menulis.
Beliau menjelaskan, GCAP yang dilaksanakan kerajaan sejak 2008, merupakan projek perintis kebolehpasaran graduan dan melatih sehingga 3,000 graduan dengan 90 peratus daripada mereka berjaya memperoleh pekerjaan selepas itu.
Katanya, ekoran kejayaan program itu, kerajaan setuju memperluaskan lagi program tersebut dengan kerjasama My-Partners dan TalentCorp yang berupaya melatih lebih ramai graduan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top