Nuffnang

Nak Tahu Kenapa Pemimpin PR Umpama Air Dengan Minyak?

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan pemimpin tertinggi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti ‘air dan minyak’ yang tidak boleh bersatu untuk memimpin negara ini.

Menurut Perdana Menteri pemimpin pembangkang mempunyai pandangan, ideologi perjuangan dan agenda politik yang amat berlainan, sehingga menyukarkan mereka untuk bekerjasama antara satu sama lain.




“DAP dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang manakala Pas dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka ini seperti ‘air dan minyak’yang mustahil untuk disatukan.”

“Pada masa yang sama, di mana pulak mereka hendak selitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (di antara pemimpin pembangkang). Kesemua mereka amat berlainan daripada segala segi,” katanya Selasa.

Najib, yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata demikian di hadapan lebih 10,000 yang menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di sini.

Berlainan dengan pemimpin pembangkang yang disifatkan seperti ‘”air dan minyak’, BN yang mengamalkan konsep perkongsian kuasa di antara parti-parti komponennya telah memegang tampuk pemerintahan negara ini sejak ia merdeka, katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut meminta rakyat Johor supaya menolak kedatangan Menteri Besar Selangor Datuk Khalid Ibrahim ke negeri itu hari ini dan tidak terpengaruh dengan janji-janji pemimpin PKR itu.

Khalid sama seperti pemimpin PKR dan pembangkang yang lain katanya, merupakan ‘penjual-penjual janji’ yang tidak berminat untuk menunaikannya, walaupun janji itu terkandung di dalam manifesto parti mereka.

“Mereka (pembangkang) kata janji-janji yang terkandung di dalam manifesto parti mereka itu bukanlah suatu janji dan ia tidak perlu ditunaikan. Jikalau Khalid (Ibrahim) datang ke sini (Johor), suruh dia balik,” katanya.

Semenjak 2008, kata Najib, rakyat Selangor masih menunggu pelaksanaan pelbagai janji kosong oleh kerajaan negeri Selangor, termasuk melibatkan janji bekalan air percuma, bantuan untuk ibu tunggal, warga emas dan lain-lain lagi.

“Nilai bagi sesebuah kerajaan itu adalah pada pelaksanaan janjinya kepada rakyat. Itulah yang dilakukan oleh Barisan Nasional, apa sahaja yang dijanjikan oleh kita, kita akan menunaikannya,” katanya.

Najib berkata BN berjanji akan menunaikan apa sahaja yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat di dalam manifesto pilihan raya umum nanti.

Kerajaan BN berusaha membantu rakyat dan ia dibuktikan dengan penyediaan pelbagai barangan dan perkhidmatan di bawah konsep 1Malaysia, bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, katanya.

Beliau berkata dalam dalam tempoh yang singkat, sebanyak 139 barangan dan perkhidmatan di bawah 1Malaysia telah berjaya diwujudkan untuk kemudahan rakyat.

“Berlainan dengan pembangkang, mereka hanya tahu menganjurkan demonstrasi jalanan dan menterbalikkan kereta polis. Mereka (pembangkang) dengan Bersih 1.0, Bersih 2.0, tetapi kita dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 1.0, 2.0 dan seterusnya BR1M 3.0 untuk membantu rakyat,” kata Najib - Umno Online
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top