Nuffnang

"Rindu Bertamu Di Abu Dhabi” Lebih HEBAT Dari “Setia Hujung Nyawa" - Fahrin Ahmad


fahrin_ahmad


Jangan tidak tahu kini Fahrin Ahmad secara langsung telah meminjamkan suaranya untuk mennyanyikan lagu tema drama terbaru bagi slot Akasia terbitan TV3 berjudul “Rindu Bertamu Di Abu Dhabi”.

Lagu yang berjudul “Siapa Ingin Membawa” ciptaan Hafiz Hamidun manakala liriknya pula ditulis oleh Fedtri Yahya merupakan single pertama yang dinyanyikan sendiri oleh Fahrin Ahmad.

Menurut Fahrin Ahmad dia sebenarnya amat menggemari karaoke dan seringkali menghabiskan masa di pusat hiburan karaoke jika ada kelapangan.

Apabila peluang ini sampai Fahrin sendiri terkejut kerana tidak sangka dia sebenarnya boleh menyanyi.

“Terkejut juga saya apabila pihak produksi meminta saya untuk menyanyikan lagu tema bagi drama ini. Pada mulanya takut juga tapi saya fikir ini suatu cabaran tambahan pula saya pegang watak utama dalam drama 28 episod ini”

Apabila ditanya adakah drama terbaru ini mampu tandingi “Setia Hujung Nyawa” yang mencatatkan jumlah penonton seramai 3 juta sepanjang ianya ditayangkan, ujar Fahrin dia yakin bahawa drama ini mempunyai keistimewaanya yang tersendiri dan yakin mampu mengutip jumlah penonton yang lebih ramai.

“Jika drama Setia Hujung Nyawa itu semuanya berdasarkan novel namun yang ini berlainan kerana jalan cerita, penulisan skripnya semua diolah sendiri. Oleh itu, banyak elemen kejutan yang anda akan lihat sepanjang drama ini ditayangkan nanti”

Sumber-Rotikaya.com

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top