Pertunjukan ekzos berapi (Split Fire) menjadi satu daripada aktiviti pada pertandingan Autoshow Konsert Ekspresi Harian Metro yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Selain itu, perhimpunan kelab motosikal serta pameran kereta drift adalah acara menarik yang diselitkan bagi memeriahkan lagi Konsert Ekspresi Harian Metro sempena sambutan Hari Wilayah pada 16 Februari ini.
Pengunjung juga disajikan dengan kenderaan yang diubah suai yang bersaing dalam merebut kejuaraan autoshow, selain memeriahkan Konsert Ekspresi Harian Metro.
Kehadiran jentera ubah suai itu sekali gus memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih dekat kenderaan yang jarang di lihat di jalan raya.
Ini berikutan kenderaan ubah suai itu hanya ‘muncul’ pada pertandingan autoshow kerana sudah melakukan pengubahsuaian secara ekstrem dan tidak sesuai dipandu untuk kegunaan harian.
Pertandingan autoshow yang diadakan itu dibahagikan kepada lima kategori membabitkan Pengubahsuaian Perodua, Penampilan Mira, Pengubahsuaian Proton, Pengubahsuaian Terbuka dan ‘Oldskool’ serta Pengubahsuaian Esktrem.
Lima Anugerah Khas Juri turut dipertandingkan membabitkan Audio Terbaik, Warna Terbaik, Pelekat Terbaik, Kit Badan dan Rim Sport Terbaik. Mereka berpeluang membawa pulang trofi.
Mereka yang berminat untuk menyertai autoshow itu boleh mendaftar pada hari pertandingan dengan dikenakan yuran pendaftaran bagi setiap kategori iaitu RM30 dan peserta akan menerima baju-T edisi khas percuma serta sijil penyertaan.
Hadiah wang tunai disediakan iaitu RM300 bagi juara manakala tempat kedua RM200 dan ketiga RM100 serta peserta tempat pertama hingga kelima juga akan membawa pulang trofi.
Pendaftaran bagi autoshow bermula jam 10 pagi di tapak konsert sebelum juri membuat penilaian kenderaan pada jam 2 petang.
Peserta yang hadir selepas jam 2 petang tidak akan dilayan kerana ia mengganggu proses permarkahan.
Bagi memeriahkan lagi acara itu, lima trofi bakal diberikan kepada kelab kereta yang menghimpunkan peserta paling ramai sepanjang autoshow itu.
Autoshow itu turut menerima kerjasama daripada KW Motorsport dan Volkswagen Group Malaysia (VGM) Sdn Bhd.
Hubungi Rizalman di talian 017-6549244 atau Erywan Norshal di talian 016-2635956 untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Autoshow Konsert Ekspresi Harian Metro.
Salam Perjuangan bro!
BalasPadamblog tuan sudah dipautkan ke http://borneobullet.blogspot.com/
mohon pautkan juga blog ini ke blog tuan.
T.Kasih!
Done. Tq again
BalasPadam