Nuffnang

#PRU13 - Sokongan 28 NGO Yakinkan BN Perak Rampas Kembali Parit Buntar Dan Bagan Serai


BAGAN SERAI –  Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah Bagan Serai hari ini menyerahkan memorandum menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Memorandum itu diserahkan kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr AhmadZahid Hamidi pada majlis di sini.
Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising dan Persatuan Ketua-ketua Kampung Parlimen Bagan Serai.
Anggota Jawatankuasa Persatuan Bekas Angkatan Tentera Daerah Kerian,Ibrahim Ismail berkata penyerahan memorandum itu menunjukkan sokongan paduterhadap kepimpinan BN sedia ada yang memastikan negara aman dan pesat membangun.
Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Daud Zakaria berkata memorandum itu menunjukkan penyatuan pelbagai bangsa terutama dalamusaha menjamin perpaduan dan seterusnya menolak pembangkang pada PRU-13.
Setiausaha Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising, Parmasivam Krishna berkata 500 anggota berdaftarnya akan turun padang membantu memastikan BN menang padaPRU-13.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.
Barisan Nasional (BN) mempunyai potensi untuk mengambil kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parit Buntar dan Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata naib presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata keyakinan BN untuk menawan semula kerusi Parlimen dan DUN itu timbul berikutan kegagalan penyandang kerusi dari parti pembangkang membawa pembangunan di kawasan berkenaan.
“Apa yang kita dapat bila kita memilih calon pembangkang?…rakyat perlukan pembangunan,” katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bertemu rakyat di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Piandang, di sini, hari ini.
Pada PRU ke-12 pada 2008, kerusi Parlimen Parti Buntar dimenangi oleh Dr Mujahid Yusof Rawa dari Pas dan dua kerusi DUN di bawah Parlimen itu iaitu Titi Serong disandang oleh Dr Khalil Idham Lim (Pas) dan Kuala Kurau oleh Abdul Yunus Jamahari dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kerusi Parlimen Bagan Serai dimenangi oleh calon PKR, Muhsin Fadzli Samsuri manakala kerusi DUN Alor Pongsu dimenangi calon BN Sham Mat Sahat dan DUN Gunung Semanggol oleh calon PAS, Ramli Tusin.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata kekalahan BN di kawasan tersebut bukan disebabkan pembangkang kuat sebaliknya ia disebabkan oleh masalah dalaman dan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli parti.
Justeru itu, beliau berkata permasalahan lama yang dihadapi oleh jentera pilihan raya BN di kedua-dua kawasan itu harus diselesaikan segera supaya dapat bangkit semula daripada kekalahan lima tahun lepas.
Beliau turut memberi jaminan bahawa calon BN pada PRU ke-13 di kawasan itu adalah daripada kalangan anak tempatan.
“Rakyat kena sokong siapa sahaja calon supaya BN dapat semula kerusi di kawasan-kawasan itu sekiranya mahu kawasan itu membangun dan menikmati pelbagai kemudahan,” katanya.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top