Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BUNUH : Penjawat Awam Ugut Polis Melalui Whatsapp Ditahan!!!


KUANTAN – Polis menahan seorang penjawat awam petang semalam kerana disyaki mengugut untuk membunuh seorang anggota polis menerusi aplikasi Whatsapp pada 22 Dis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata suspek, kakitangan sebuah kolej berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang kira-kira jam 5.45 petang semalam.

“Suspek yang tinggal di Bandar Baru Sungai Lalang, Bedong, Kedah dipercayai telah melakukan ugutan bunuh ke atas seorang anggota polis yang bertugas di IPD Maran melalui aplikasi Whatsapp yang dikirimkan melalui telefon bimbitnya.

“Malah dalam kejadian jam 11.55 malam 22 Dis lalu, suspek turut melemparkan kata-kata kesat serta menghina pasukan polis,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata berikutan itu, mangsa yang merasa dirinya terancam telah membuat laporan polis di IPD Maran dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana mengugut.

Raja Shahrom berkata suspek dibawa ke IPD Maran dan ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil ujian air kencing suspek turut mendapatinya positif dadah jenis syabu serta heroin.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menghentikan perbuatan menggunakan aplikasi media untuk membuat ugutan, melemparkan fitnah dan penghinaan yang boleh menyebabkan individu diambil tindakan undang-undang. – BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top