Nuffnang

VIRAL!!! Pelajar Dipukul Polis Tepi Jalan Dakwaan "Wartawan Ekspress"


Polis menasihatkan agar orang ramai tidak terburu-buru dalam menyiarkan maklumat yang diterima ke laman sosial bagi mengelak sebarang fakta yang tidak sahih tersebar.
Sebelum ini, tersebar satu viral di media sosial yang mendakwa seorang pegawai polis memukul seorang pelajar sebuah institusi pendidik pada pagi semalam.

Mengulas isu itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning berkata orang awam sepatutnya memastikan kesahihan fakta yang diterima bagi mengelakkan kesan negatif kepada pihak yang terlibat.

Menurut beliau, kes tersebut telah pun selesai namun apa yang menjadi masalah adalah apabila orang ramai terus berkongsi maklumat tersebut hingga tersebar lebih meluas.

“Kes itu memang berlaku tetapi faktanya diputar belitkan oleh penulisnya.

“Polis telah siasat kedua-dua belah pihak, mereka yang terlibat tidak mempunyai apa-apa masalah lagi,” katanya sambil memberitahu, kes tersebut berlaku di lampu isyarat Guchil.

"Pelajar dan pegawai terlibat dikatakan sama-sama berhenti di lampu isyarat Guchil. Pegawai berkenaan mendapati motosikal ditunggang pelajar terbabit dalam keadaan mencurigakan... tiada nombor plat dipamerkan di bahagian hadapan.

“Pegawai terbabit yang ketika itu beruniform, meminta remaja tersebut berhenti tetapi dia melarikan diri menyebabkan pegawai berkenaan terus curiga,” katanya.


Katanya juga, remaja terbabit terbabas ke kiri jalan dan terjatuh semasa melarikan diri.

“Pegawai berkenaan ingin memeriksa dan menangkapnya, tetapi berlaku sedikit pergelutan. Kejadian berlaku di tepi jalan, ramai yang melihatnya. Apabila ramai nak jadi 'wartawan', mereka menulis tanpa asas yang betul,” katanya.

Beliau berharap agar kes ini boleh dijadikan pengajaran buat orang awam supaya berhati-hati ketika menggunakan kemudahan laman sosial.

Beliau juga turut meluahkan rasa kecewa dengan group media sosial di daerah tersebut yang sentiasa menyiarkan berita tanpa memastikan kesahihannya.

Berita tidak tepat itu disebarkan oleh seorang individu dan dikongsi lebih 400 kali oleh pengguna laman sosial. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top