Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

LAHAD DATU : Polis Temui Senjata Api Dan Peluru Di Tandou


LAHAD DATU - Tujuh laras senjata api dan 173 peluru hidup dijumpai oleh sepasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melakukan rondaan 'Ops Taring' di kawasan Tanduo di Felda Sahabat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata senjata api dan peluru tersebut ditemukan di dalam sebuah karung dalam keadaan tertanam dalam tanah pada 1 tengah hari.

Katanya jentera pengorek digunakan untuk mengeluarkan karung mengandungi lima pucuk pistol berserta tiga kelopak, dua laras M14 berserta dua kelopak, 173 butir peluru hidup dan satu gari.

"Anggota PGA dari Komtek Sahabat 16 dan Pos Tanjung Labian menemui senjata api dan peluru tersebut," katanya di sini, hari ini.

Hamzah berkata semua barang tersebut telah diserahkan ke Balai Polis Cenderawasih Felda Sahabat untuk tindakan.

- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top