KECEWA : Neelofa Luah Perasaan Di Media Sosial
PELAKON dan juga ahli perniagaan, Neelofa didapati “mengamuk” apabila pihak bank CIMB telah memaksa beliau menunggu sehingga empat jam dalam sebuah kedai bagi membolehkan urusniaga beliau dapat diteruskan.
Menerusi Facebooknya, Neelofa memuat naik satu status yang dimulakan denga ayat “Tahniah! Syabas CIMB!”.
Di dalam posting tersebut, difahamkan Neelofa menghadapi masalah untuk men’clear’kan transaksinya.
Menurut Neelofa, kerana masalah yang timbul dia terpaksa menunggu sehingga 4 jam di sebuah kedai sehinggalah masalah itu selesai.
Neelofa turut menambah biarpun dia telah membuat 6 panggilan, masalahnya tidak dapat diselesaikan.
Selain itu Neelofa juga turut meluahkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku biarpun sudah bertahun-tahun dia menggunakan khidmat CIMB.
“Saya sangat kecewa dengan servis kamu dan perkara ini menyebabkan saya berfikir dua kali untuk menggunakan khidmat kamu @cimbmalaysia.
“Kamu sepatutnya memudahkan perjalanan saya tapi sebaliknya kamu membuatkan saya menghadapi masalah-masalah yang tidak perlu”, tulis Neelofa.
Perkara ini boleh dikatakan kerap berlaku. Baru-baru ini suami penulis turut menghadapi masalah yang sama semasa mahu melakukan pembelian di Madinah. Namun suami penulis tidaklah sesabar Neelofa untuk menunggu sehingga empat jam bagi membolehkan transaksi dapat disempurnakan.
– PRU14.tv
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



mozek yunani purba ditemui di zeugma turki mempame...

at briefing on urban renewal act hamzah joined by ...

wanita 41 tahun dan anak perempuannya 18 direman k...

rahsia surah al fatihah 1qfh0

berjaya selamatkan anak jatuh sungai tapi sendiri ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Apa boleh buat? Bank keparat adik Najib...
BalasPadam